CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 27, 2011

first day di rumah pengasuh

Kalut juga keluar rumah gi keja ari ni..
Sebelum ni , urus diri sendiri 
Biasanya, amik kunci kete, beg sekolah, handbag, kunci rumah...
Sekarang, amik kunci keta, beg sekolah, handbag, beg baju yusuff, bakul kelengkapan susu, amik yusuff masuk lam kete,then baru leh kunci rumah. 
Lambat jugak la smpai sekolah. Nasib baik meeting tak start lagi.. Sebenarnya, ibu nya yang lambat-lambat. Kalau tak, tak la kalut jugak.


First day Yusuff dok dalam carseat betul-betul senyap dia menghayati keindahan suasana pagi. cewah. Cuma dalam 15 min nak smpi rumah pengasuh, dah dekat 4 kali dia menguap. Nak tido lagi gaknya. Ape taknya, kul 5 lebih dah bangun tak nak tido lagi dah. Tapi tak nangis kira ok la..Alhmdulillah. Sgt comel ok tgok dia dok dalam tu. hehe. Geram.. Mcm tak konsentrate je pemanduan sebab asek dok tgok dia jek. heehe


Smpai umah pengasuh, Yusuff baik je. . Sebab dah lambat, cium dia cikit terus gi.. Sedih pulak. huhu..

Dalam bilik mesyuarat asyik terpikir2 camanalah si Yusuff ngan akak tu..Mudahan la dia dapat handle si Yusuff tu sebab dia mmg penangis sikit orangnya. Tak de pape pun, dia leh nangis dgn sgt kuat.. Naluri hati ibu mmg kuat la kot sebab tiba2 dalam pukul 2 lebih tu, akak tu tepon...'cikgu, Yusuff nangis sangat ni..cikgu meeting smpai pukul bape ye'.. huhu. terus tak senang duduk dibuatnya.. meeting lak lame arini..tak tau nak jawab ape..kata je jela, 'tak lama lagi kot , insy...'

Tunggu punya tunggu meeting mmg lame tak de tanda-tanda nak ditangguhkan .. Terus tepon balik akak 2.. Alhmdulillah.. da tak nangis..tengah minum susu..

=)

Dalam pukul 2.30ptg, meeting pun habis... Terus berdesup ambik Yusuff.. Baik plak dia leh jerit2 ngan anak2 akak pengasuh. hehe. Mudahan lepas ni dia serasi dengan mereka...
Bila mereka serasi, mereka pun gembira nak jaga Yusuff kan.. then, Yusuff pun gembira berada di samping orang-orang yang gembira menjaga dia...









Monday, December 26, 2011

Yusuff yang Gembira

Memandangkan esok kami ibu & ayah nya nak kembali bekerja ke sekolah
Yusuff pun dapat new baby carseat
Kalau takde,tak tau nak selit mane budak kecit tu.hehe
Tak susah nak cari, sampai je Jusco Bukit Indah, masuk area babies, terus nampak carseat berlambak-lambak.. Mulanya nak beli yang kecik je sebab mcm murah sikit kan.. Sekali bila masukkan si Yusuff Asytar ni, ngam-ngam betul ngan badan dia.. So, mmg kalo beli tak boleh pakai lame la nampaknya..
Terus carik yang lain pula...Dah jumpa yang berkenan, tak tau caner nak pakai pulak dah...
Last2 panggil promoter, suh dia ajar sume caner nak pasang kat keta kang tak tau lak nak pakai caner dah payah..Sementara tunggu ayah gi bayar, Yusuff try test bouncer cantik2 kat jusco ni. . 
Terkedu dia dapat naik bouncer cantik2. Kat umah dia punyer simple-simple jek. tu jakun sikit.. hehe
Tak biasa dengan bouncer yang santek2 ke??

Kejap je kami g carik carseat Yusuff.. Ibu dia tak sempat nak cuci mata n soping menyoping. Ayah ajak balik awal sebab nak gi bawak Yusuff jumpe ngan pengasuh dia petang ni..=). 


Kat rumah pengasuh, Yusuff nangis je la plak ngan akak pengasuh dia tu.. Bila ibu amik, teruk gosok-gosok mata , badan, tangan semua ke ibu dia. Dah sah-sah memang nak tido. Kita nak bagi dia kenal pengasuh dia, tido lak dia. hehe. Masa tgh syok borak-borak ngan akak pengasuh, sedara mara akak pengasuh datang pulak. Kebetulan bawak baby lebih kurang Yusuff jugak. Kebetulan lagi, nama baby tu pun Yusuff.. WAh, gembira Yusuff dapat kawan nama Yusuff juga.. Tapi kawan Yusuff namanya, AHMAD YUSUFF,.. Bila dengar budak-budak panggil nama Yusuff, macam sejuk betul ati dengar.. Macam lembut gitu.. tapi ramai yang panggil Yusuff ni UCOP. Takpe, As long as parent dia panggil dia dengan nama yang betul, nanti orang lain pun ikut panggil dengan nama yang betul kan. =)

Sampai je rumah, ayah terus kemas barang bawak masuk rumah n pasang terus carseat baru. Takut tak bape nak sempat nak tunggu esok kan. Dah siap je kemas, terus load si budak tecit tu dalam carseat baru. Terus riang gembira tak terkata dia . Suka lah tu. Tak tau sok dia kena tinggal kejap kat rumah kakak pengasuh. hehe
Riang Gembira plak dia ni.
DAn lagi terlebih riangnya.. ;)

Apepun, hopefully hari esok menjadi hari yang paling baik buat kami sekeluarga terutamanya Muhammad Yusuff Asytar yang akan dijaga oleh pengasuh barunya buat pertama kalinya. Sebelum ni mmg Yusuff tak pernah kena tinggal ngan orang lain selain ibu, nenek & tokwan je.. Harap-harap anak ibu jadi anak yang baik esok ye. Ibu bukan tinggal sengaja tapi ibu tinggal sebab ibu nak gi keje. Sedih pulak. TApi tengahari ibu amik Yusuff balik ye.. Kejap je ibu keje.. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan untuk hari esok dan hari-hari akan datang.. Amin...


Thursday, December 22, 2011

Jom Cuci Gigi

Dah lame sebenarnya tak scaling gigi.
Dulu masa zaman universiti rajin betul 6bulan sekali gi cek gigi kat klinik kesihatan universiti..
Sebab murah. hehe. Bayar singgit je dah dapat gigi yang cantik & menawan. 

Sebenarnya niat nak scaling gigi dah lama dah nak buat sejak pregnant dulu. 
Tapi tah tak terbuat-buat. 
Jadi, malam semalam bila perasan gigi dah macam tak berapa nak bersinar-sinar, terus rasa nak gi scalling gigi .
Kebetulan skang ni tgh bercuti rumah mertua, ada klinik gigi yg sgt dekat ngan umah mertua
Jadi, pagi tu lepas mandi2kan si Yusuff, tinggalkan dia jap ngan mak..

So, pergilah kami berdua suami dan isteri ...
Smpai je di klinik, takde orang lain melainkan kami berdua...
Bila doc smpai, suami bagi turn isterinya dulu di scaling..
hehe
Takut gaknya sebab encek suami mmg tak pernah pun cuci-cuci gigi nih..
Masa isteri kena scaling, doc amik masa yang agak lame jugak untuk nak bersihkan gigi...
tapi bile turn suami plak, sekejap betul doc buat..
Aik. 
Tekejut betul sebab ingat suami tak penah scaling gigi, akan ambik masa yang Leeebiiihhhhh lama.. 
tapi tidak rupenyer.. 
Ini bermaksud, 
gigi suami lebih bersih la berbanding gigi isterinya. huhu
Tapi memang betul pun. Tgok gigi dia lepas scaling, terus macam bersinar-sinar semacam jek..
Lagipun, encek suami tak merokok, tak gemar pada jajan-jajan or gula-gula n yang sewaktu dengannya...
Isterinya pulak suka la sgt pada makanan-makanan yang bukan-bukan ni. hu

Dah! 
Pasni nak selalu gosok gigi pas makan
Dah taknak ada plak gigi yang tebal-tebal semcam jek macam tak penah gosok gigi.
Malu ah.
Pasni nak disiplinkan Yusuff plak. Suh dia selalu & enjoy menggosok gigi. Tak nak dia mamam makanan yang bukan-bukan.
Nak gigi yang mcm ni...


Seronok scaling gigi ni.. Lepas je scaling, terus gigi rasa mcm fresh betul. Ringan je..Jom ramai-ramai pakat scaling gigi pada sapa-sapa yang blum pernah scaling gigi..
Kos pun tak mahal. Lau kat Muar ni, rm40 je untuk cuci gigi..

Jgn smpai gigi anda jadi mcam ni baru nak cuci gigi.. 

sumber: Google images

Tak sakit pun cuci gigi ni..cuma rasa ngilu sikit..Prosedur ni cume nak buang plak2 gigi yang dah lekat dah keras kematu yang tak leh buang pakai berus gigi. So , kena pakai alat khas dia je yang boleh buang karak gigi tu...

Macam ni la caranya....

Lepas je cuci, akan jelas terlihatlah perbezaan sebelum dan selepas gigi dicuci...

Di bawah ialah contoh gigi sebelum dan selepas. Sila jgan geli ok. he



sumber: Google images

Jadi, moral of the story
Jaga gigi sendiri k.. & buat la apa yang sepatutnya dibuat agar gigi sentiasa nampak cantik dan boleh di pakai dengan lama...

Gigi yang cantik akan menyerlahkan lagi Senyuman yang Super Duper Menawan...
=)

k.. itu saja untuk kali ni..
Kbai..
Salam...


Sunday, December 18, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Sayang..

18 Disember tahun lalu..
Ayg terima nikah abang dengan maskahwin RM22.50 & seutas gelang emas...
18 Disember tahun ini..
Genaplah usia perkahwinan kita 1 tahun...
Pantas sungguh masa berlalu..
Dalam setahun ini..
Pelbagai dugaan , cabaran, suka dan duka kita hadapi bersama..
Yang paling bermakna
Dalam setahun ini,
Kita dianugerahkan anugerah paling indah & bermakna dari Allah SWT 
Muhammad Yusuff Asytar..
Hidup kita lebih gembira dengan kehadiran si kecil Yusuff
Lebih-lebih lagi abang..
Riak wajah gembira abang lebih terlihat setiap hari setiap kali abang memeluk Yusuff kesayangan kita...
Abang tidak pernah segembira ini sebelum kedatangan si manja kita..
Alhamdulillah.. 
Ayang bersyukur kerana ayang telah selamat melahirkan anak kita yang menambahkan lagi rasa bahagia dalam hidup abang..
=)

Abang,
Terima kasih dari ayang tidak terhingga
Kerana terlalu sabar dalam melayani karenah ayang yang sukar diramal..
Kerana menjadi isteri yang selalu berfikiran yang bukan-bukan
Lebih lagi waktu ayang mengandung selama 38 minggu itu.. 
Terima kasih abang 
Kerana sanggup menunaikan apa sahaja permintaan yang diminta walaupun kadangkala abang terpaksa berhabis duit, berhabis masa & berhabis tenaga..

Abang,
Ayang minta ampun dan maaf di atas segala dosa & kesilapan yang pernah ayang lakukan
Ayang minta ampun & maaf di atas kedegilan ayang & 
Ayang tahu masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi isteri solehah buat abang dan ibu yang cemerlang buat Yusuff
Ayang janji akan cuba menjadi yang terbaik buat lelaki-lelaki kesayangan ayang, abang & yusuff

Abang, 
Selama setahun hidup bersama abang..
Perkara-perkara paling ayang suka tentang abang...
  • Bila kali pertama abang dengan lembut menyentuh tangan dan mencium dahi selepas Akad
  • Bila abang bisa membuat ayang tersenyum bahagia
  • Bila abang melemparkan kata-kata dengan sgt lembut tika abang meminta maaf ats kesilapan yang dilakukan
  • Bila abang dengan lembut menyapu air mata setiap kali air mata ini mengalir
  • Bila abang memeluk dan mencium ayang setiap kali bangun pagi
  • Bila abang menjadi imam setiap kali kita solat yang 5
  • Bila abang menjadi imam setiap kita solat di malam-malam bulan ramadhan
  • Bila abang marah tapi penuh dengan kata nasihat yang bisa melembutkan hati yang degil ini
  • Bila kali  pertama abang memegang Yusuff dalam dakapan..
  • Bila kali pertama abang mengazan dan mengiqamahkan Yusuff
  • Bila abang tidak selalu mengucapkan sayang dengan kata-kata, tapi sebaliknya dengan menunjukkan kasih sayang itu dalam setiap perbuatan abang..
  • Bila abang menyayangi kami dengan sepenuh hati abang
  • Bila ayang menyayangi abang dengan sepenuh hati ayang..
Abang,
Azam ayang untuk tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang...

  • Mahu jadi isteri solehah buat abang
  • Tak mahu moody tak tentu pasal then termarah.. huu
  • Tak mahu cakap kuat-kuat lagi kat abang
  • Tak mahu degil-degil lagi
  • Tak mahu fikir yang bukan-bukan lagi
  • Mahu belajar masak yang sedap-sedap supaya akan ada lagi fav dishes yang abang akan suka selain ayam goreng berempah ayang tu.. hehe
  • Mahu kuruskan badan agar menjadi slim seperti dahulu..

  • Mahu jadi ibu yang baik buat Yusuff
  • Mahu didik Yusuff sebaiknya agar dia menjadi seorang anak yang hormat pada orang tua, yang tidak memandang kekayaan sebagai tujuan hidup tetapi mahu kaya dalam budi bahasanya, kaya imannya dan  kaya ilmu agamanya...
  • Namun, ibu mahu ayah sama-sama bantu ibu untuk didik anak kita agar menjadi insan yang berguna suatu hari nnti...
Selamat Ulang tahun Pertama Abang... 
Anggaplah karangan di blog  ini sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan buat abang.. 


Hanya ini yang ayg mampu sebagai tanda kasih sayang buat abang...
Semoga kasih sayang ini akan menebal setiap hari..
Semoga rumahtangga yang kita bina ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT..

Friday, December 16, 2011

Hari Mencukur Rambut Si Yusuff Asytar

16 Disember 2011
Hari Jumaat..
Lokasi: Parit Jamil, Muar

Selepas solat jumaat , orang ramai pun mula datang ke majlis kenduri aqiqah & majlis doa selamat Muhammad Yusuff Asytar... Alhmdulillah segalanya pun berjalan dengan lancar... Sewaktu selawat & marhaban, Yusuff pun senyap je bila orang gunting rambut dia... Bagusss anak ibu..=)

Semasa majlis....

Bersama ayah...

Dengan pakngah nya.. Lambai apelah tu..

Dengan pakngah lagi..

Huargghhhh.. Dah ngantuk ni..
Tgok rambut nya sebelum di botakkan.. 


Kemudian..
Jam 6.00 petang...
Orang pun dah mula pulang...
Yusuff pun sedang lena dibuai mimpi.. Jadi, kami pun beramai-ramailah memulakan 
Operasi mencukur rambut Yusuff...



Langkah 1: Gunting dulu rambut Yusuff

Ayah sedang gigih menggunting rambut yusuff...
Tgk.. dia masih lagi lena dibuai mimpi indah...

Langkah 2: Cukur rambut Yusuff
Sememangnya amat sukar sekali untuk mencukur rambut si comel Yusuff nih. Tgh best-best mengerjakan kepala dia, dia bangun plak dah... huhu..
Jadi, sangat susah ok nak cukur rambut dia bila dia dah bangun sebab kepala dia asik nak bergoyang-goyang ke kiri n ke kanan..
Sgt mencabar. Ape tak nya, 4 cukur di gunakan secara berganti-ganti untuk mendapatkan hasil cukuran yang kemas n cantik. hehe.
Dan bermulalah episod pujuk  memujuk si Yusuff ni supaya duduk diam-diam n tak nangis.

Masa ni, dia dah stat tak nak dok diam.. Dah gatal agaknya rambut lekat-lekat kat badan...

Yusuff dah mula menangis-nangis tak nak kena cukur. 
Dari sorang ke sorang kena pujuk dia supaya dia diam. Rambut yang nak dicukur ada lagi separuh belum dicukur.. Byk lagi tuh..

Si ayah cuba menenangkan Yusuff.. Air mata masih bergenang lagi tu.. hehe

Si ayah masih lagi mencuba....

Ibu dengan cubaan kali ke berapa...huhu..

At last, kami mengalah. Rambut Yusuff tak habis pun kena cukur.. Kesian tgok dia nangis-nangis... Sesi menenangkan Yusuff pun masih diteruskan....

Langkah 3 : Mandikan Yusuff lepas kena cukur rambut yang tak abis cukur..
Ni lah yang paling susah sekali.. sebab Yusuff bila kena air je, terus nangis tak nak benti-benti. Jadi, ibunya pun buat keje dah mcm katun. Masih lagi ada saki baki rambut yang lekat kat badan dek kerana nak cepat sgt sebab Yusuff dah nangis macam tak ingat dunia. ...huhu....

Dan akhirnya, Yusuff pun berjaya ditenangkan.. 
Lepas maghrib je, Yusuff pun tidur dengan sangat lena. Bangun pun kejap je sebab nak susu...
Macam-macam...
Mak kata, lau nak buat aqiqah & cukur , buat masa anak tu masih kecik lagi. Jadi, dia masih tak tau nak wat  apa-apa. & mudah nak handle. Lau buat masa 3 bulan ni, mmg dah sah-sah la budak tu dah besor & dah pandai mengamuk... hehe

So, Moral of the story, for next baby, (insyallah) , kena buat msa baby kecil lagi iaitu paling baik hari ke 7 kelahiran kan... 
Apepun, kenduri Aqiqah Yusuff dah selesai.. & Yusuff dah pun di botakkan.. 
Yang belum cuma timbang rambut n samakan dengan nilai emas n dizakatkan...
Insyallah akan dibuat dalam masa terdekat ini..
InsyaAllah..

Doakanlah mudahan anak kami, Muhammad Yusuff Asytar membesar dengan sihat dan sempurna dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negaranya...

Amin...

Friday, December 9, 2011

Yusuff's Hernia Operation (Kesah Semasa Kejadian)

Pada hari kejadian, 
Pukul 4.30 pagi, 
Yusuff da bangun nangis2 mintak susu.. itu adalah susu akhir untuk dia pada pagi tersebut kerana yusuff terpaksa dipuasakan sehingga operation nnti.. 

Then, kami bersiap-siap lepas subuh ... pukul 6.30pagi kami dah bergerak ke hospital.. Yusuff pun baik je dia tidur tak bangun2.. 
Smpi di pakar puteri dalam pukul 7.15pg then terus ke Emergency.. Husband gi bayar deposite sementara ibu & yusuff dibawa ke paediatric wad sebelum Dr.lai datang check untuk operation.
Dalam wad , ada 3 lagi budak-budak nak kena operate hari ni. . Sorang 5 thn operation untuk betulkan bibir and lagi 2 orang  twin umur 9tahun operation untuk sunat. hehe.

Lepas Dr.lai check keadaan Yusuff, nurse pun panggil suh siap-siap masuk dewan bedah...bawak baju n apa-apa kelengkapan yang sepatutnya.. huhu. berdebar-debar waktu ni.. Yusuff selamba je dia tido tak bangun2..

Sebelum masuk dewan bedah, nurse tu suh tandangan lak untuk bagi kebenaran untuk bius si Yusuff. Sedih pulak waktu ni.. then, dia bagi baju sterile untuk masuk dalam dewan bedah tu. huhu..

Sedang bersiap-siap untuk masuk dewan bedah 

Bila dah masuk dewan bedah, tengok senarai operation yang akan dilakukan pada hari tersebut... ada dalam 27 pembedahan hari tu. Nama Yusuff nama yang kedua & dia yang paling muda akan di operate.. 2bulan... 

Tak lama lepas tu, pakar bius panggil untuk masuk dalam bilik bedah..Rupanya doc bagi Yusuff operation yang paling awal. Alhmdulillah.. lagipun Yusuff puasakan. Jadi, tak sampai hati nak bagi dia puasa lama-lama.
 Yusuff dah start bangun bila dia sedar nurse buat macam-macam kat dia.. 
8.45pagi, pakar bius start bagi ubat bius melalui pernafasan.. Kesian dia menangis dengan sgt kuat then makin lama makin slow tangisannya dan terus tertidur.. 
Pakar bius tu terus suruh ibunya keluar sebab Dr.Lai da mula nak operate Yusuff. Tak boleh tgok keadaan operation camana. Sebelum keluar, ibu cium Yusuff dulu banyak - banyak disertakan dengan doa mudahan semuanya dipermudahkan...

Ibu & ayah tunggu di luar bilik bedah.. Setengah jam lepas tu,dalam pukul 9.15pgi, Dr.Lai pun keluar panggil nama Muhammad Yusuff. Berderau darah masa tu.. Dr.Lai kata semuanya selamat. Lubang pada otot tu besar kata Dr. Kena tunggu Yusuff betul-betul sedar baru dia boleh keluar dari balik bedah n pindah ke wad kanak-kanak.

Alhamdulillah.. akhirnya jam 10 pagi , nurse panggil. Masa tu dah dengar Yusuff menangis.. Hanya ucapan Alhmdulillah yang dapat diluahkan bila dpt dakap Muhammad Yusuff Asytar...



Wajah-wajah Yusuff sepanjang berada di wad....
Selepas keluar dari Bilik Bedah...

Muka bahagia.. tapi belum 100% sedar lagi...

Ibu cayanggggg Yusuff... Masih juga belum sedar...

Dah hampir sedar.. Nurse bagi ubat demam or tahan sakit...

Yeay!! Yusuff dah pun sedar...
 Nampak tak bekas operation  tu... =). Kecil je...

Yusuff kena tahan satu hari di wad...
Kesian ayah... Letih betul.. n takda tmpat nak titon.. Ibu kongsi katil ngan Yusuff... Ayah terpaksa titon kat kerusi...


Seharian ayah di wad... 

Dah sakit pinggang, tukar plak posisi tidur.. hehehe

Yusuff sedang lena dibuai mimpi 

Ibu tak boleh tidur.. layan tv citer toy story...

Ibu baru nak tidur, tibe-tibe yusuff pun bangun pukul 3 pagi...
ajak sembang.. he

Gud Moning... Saya dah bangun pagi-pagi..

Muka monyok pagi-pagi...

Boring ye.. tunggu Dr.lai check bila leh balik ni...

Yeay!! ibu gembira.. kita dah boleh balik....=)


Jam 8.00 pagi, Dr.lai, check luka bekas pembedahan & Yusuff dah boleh balik hari ni...
Alhamdulilah, jam 10 pagi segalanya pun selesai dengan selamat..
 Yusuff dah boleh balik..
Kami terus balik ke Bukit Ramun.. Rumah Atok & Nenek...


Wednesday, December 7, 2011

Yusuff's Hernia Operation (Kesah Sebelum Kejadian)

Assalamualaikum..
Baru hari ni dapat update blog tentang operation Yusuff...
Alhamdulillah semuanya selamat.. Walaupun pada awalnya, kami suami isteri sgt berdebar-debar sejak dari malam sebelum Yusuff dioperate..

Kesah sebelum kejadian...

Masa dalam hari dulu, mak selalu pesan, tuam anak tu selalu jangan tinggal.. Anak lelaki ni kena jaga lebih sikit bahagian anunya tu.. Macammana di tuam tak penah tinggal pun, kalau Allah tu nak bagi, dia tetap bagi  kan... 
Masa mula-mula realize ada something kat pelipat peha yusuff, yusuff baru sebulan..betul-betul genap umurnya..terus tya Atok nya.. Atoknya pun tak tau ape benda.. Jadi , ignore je. sebab ingat mmg mcm tu.. boleh kan?? huhu

2 malam lepas tu, yusuff naaaaangisss je start dari pukul 10malam dia bangun terus smpi pukul 4 5 pagi subuh... Tgok dia macam tu, ibunya pun tak senang ati....lepas dia berjaya ditidurkan, ibunya terus browse di internet 'benjolan di pelipat peha'...Then, jumpa byk info pasal angin pasang@hernia... 
Terus ternangis bila tau yusuff kemungkinan kena angin pasang... =(. 
Terus contact husband, bagitau tentang yusuff mungkin kena angin pasang. Husband takde.. pegi kursus 1murid 1 sukan @ tanjung piai.. lagi 2hari baru boleh balik.. Nak pegi pakar sendiri, tak boleh drive lagi.. Belum habis pantang kan..

Terpaksa la tunggu husband balik.. 
Bila husband da balik...hari tu jugak terus ajak pagi jumpa pakar kanak-kanak @ indahpura. Doc pun sahkan yang baby kena inguinal hernia.. & dia sarankan untuk buat pembedahan.... Masuk je kereta, air mata berjurai-jurai.. Tak smpai hati si kecik ni nak kena operate.. Mcm tak percaya.... 

Kami ambil masa juga untuk buat keputusan untuk Yusuff dioperate.. Family & kawan2 pun tak suggest buat operation sebab ikut pengalaman ramai yang boleh baik dengan cara urut.. Saudara terdekat, anak sepupu sendiri pun ada hernia waktu dalam hari dlu.. tapi lepas diurut hilang pulak... Jadi, kami pun cuba berurut ke pontian, ke mersing, ke sening & last sekali ke parit jawa.. Benjolan tak juga surut2 & sudahnya benjolan dah beralih ke buahnya... huhu..Mujur yusuff tak nangis-nangis ..

Yusuff sedang diurut.. Sedihkan... NI belum nangis..
bila tukang urut da start urut  bahagian  itu, dia  nangis dengan sgt-sgt..
tak smpi ati tgok. Sayang anak ibu.. 


Kami tak pikir panjang dah.. terus bawa yusuff ke pakar puteri jumpa paed surgeon.. dia kata mmg da besar.. & kena operation.. dia kata, dun worry too much because it's just a small operation. within one day je da blh discharge.. Lega dengar... Doc terus bagi tarikh 30nov2011,  untuk hari operation tersebut....

Kami redha atas segala yang berlaku & kami tahu ada hikmahnya di sebalik setiap apa yang berlaku...

Nak tau kesah di hari kejadian?
Nantikan sambungannya lain kali ye.. baby yusuff da bangun nangis2 mintak ambik.. ;)
kbai..
Salam...



Sunday, December 4, 2011

Selamat Pengantin Baru Cik Awe & Cik Zul.. =)


Tanggal 20.11.2011

Sekitar jam 10 - 11 pagi
Alhmdulillah..
Adikku Siti Hawa Ahmad telah selamat di nikah kan dengan pasangannya...
Selamat melayari bahtera kehidupan baru bersama suamimu tercinta Zulkifli Idzhar..




Sekitar majlis pernikahan 
Jam 10.30 pagi

Debaran... Sebelum dinikahkan...

Alhamdulillah.. Dah selamat dinikahkan...
Congrats to both of you..
Ehem Ehem




Sekitar Majlis Persandingan
Jam 2.30 ptg





Pengantin perempuan bersama pari-pari kecil sabar menantikan pengantin lelakinya...

Sampai pun si pengantin lelaki yang dinanti-nanti.. =)


Bersama ibu & ayah pengantin lelaki
Bersama keluarga pengantin lelaki
Bersama keluarga pengantin perempuan

Bersama ibu & ayah pengantin perempuan...



Hawa & Zul, 
Tahniah sekali lagi di atas pernikahan kalian berdua.. 
Selamat menghadapi erti kehidupan sebenar.. 
Selepas ni, hidup dah berdua.. Kehidupan totally berubah..
Sentiasalah byk kan bersabar, tolak ansur & tolong menolong...
Byk benda yang perlu kita belajar sendiri dalam kehidupan berumahtangga ni...
Ingat, tiada siapa akan ajar bagaimana nak hidup dengan pasangan masing-masing, melainkan kita sendiri yang perlu belajar mengenali pasangan sendiri.. 
Dah tak boleh malas-malas. Dah tak leh lambat-lambat lagi buat kerja. Nanti dah ada anak lagi lah kena cepat-cepat buat keje. hehe.
Apapun, tahniah dari kami 
Yusuff, Kak Sarah & Abg Syafiq


'Barakallahulakuma wa barakah
Alaikuma wa barakah bai nakuma..'





Tuesday, November 29, 2011

Doa buat Anakku



Esok
30 Nov 2011..
Yusuff Asytar akan di operate for 'reducible hernia' di hospital pakar puteri, johor.
Kesian anak ibu
Yusuff baru 2bulan lebih..
Ibu doakan mudah-mudahan semuanya berjalan lancar esok pagi
Sedih ibu tgok yusuff kecil2 dah nak kena operate
Nak buat macam mana.. 
Semua cara kampung ibu n ayah dah buat.. tapi tak jalan jugak..
Dan akhirnya , inilah satu-satunya jalan yang ibu & ayah rasa perlu disegerakan...
Ibu dah tak nak tunggu lama-lama sebab nanti akan beri kesan yang lebih teruk nanti..

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau permudahkan lah segalanya pada esok hari dan hari-hari yang mendatang buat anak ku Muhammad Yusuff Asytar.
Berilah dia kesihatan yang baik & mudah-mudahan segera sembuh dari penyakit yang dialaminya..
Kau berilah aku dan suamiku serta anakku kekuatan untuk menghadapi segalanya ini..
Amin Ya Rabbal Alamin

Buat pengetahuan semua, anak saya menghidapi Inguinal Hernia @ dalam bahasa melayunya Angin pasang...
Doakan lah semuanya berjalan dengan lancar..
Amin

Yusuff & Ibu



Saturday, November 26, 2011

Selamat Pengantin Baru Aznan & Suhaila

Selamat Pengantin Baru 
Buat Aznan & Suhaila..
Semoga Bahagia hingga ke Akhir Hayat ya...

Aznan ialah sahabat baik encik suami yang pernah juga menjadi roomate sewaktu zaman bujangnya..
Kenal juga dengan Aznan ni sebab penah satu kelas dlu masa di IPTI tapi tak bape nak kenal juga sebab join kelas dengan dia seminggu sekali je pun. Tegur sapa pun tak pernah tapi cam muka la..

Actually, ada 2 kenduri yang sama dengan majlis Aznan ni juga, tapi kami pilih untuk pergi ke kenduri si Aznan ni sebab kami suami isteri kenal baik dengan Aznan..
Buat kawan yang sama tarikhnya dengan kenduri si Aznan ni, ( Khairunisa' & Mohd Firdaus ), kami juga doakan kamu berdua hidup bahagia selamanya ye.. Hadiah dah dikirimkan oleh Mak Ayah masa kenduri korang aritu.. Memang teringin nak pegi kenduri korang, sebab nak tgok sgt classmate dua orang ni bersanding.. tapi apakandaya kekangan tarikh yang sama pula....



Sekitar Majlis Perkahwinan Nan & Isteri...

Dalam perjalanan ke rumah pengantin...

Pengantin-pengantinnya...... Berseri bersongket kuning..

lagi gambar pengantin...

Encik suami dan kembarnya katanya... hiihi

Antara yang hadir... Raja & family.. Rakan sekerja en.suami..

Pengantin sedang melayan tetamu yang datang...

E'eh, ada yusuff la kena gendong.. heheh

kami .. baru lepas makan....

Bergambar dlu dengan pengantin sebelum meneruskan perjalanan...