CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 18, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan 2

Alhamdulillah..
Hari ini dilalui seperti hari-hari biasa
Cumanya hari ini agak istimewa berbanding hari - hari sebelumnya. Hari ni pun hari gaji. Dengan bonus sekali. Alhamdulillah , syukur.
Kami raikannya dengan membawa anak2 berjalan di supermarket sahaja. Jadilah kan.. Gembirakan anak2. Kami pun gembira juga. 
Hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami
Serasa macam baru semalam saja dinikahkan. 
Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat yang diberikan oleh mu Tuhan


Sarah dan Syafiq

4 tahun yg dulu....
Dipertemukan dalam keadaan yang tanpa diduga. Berjumpa sewaktu sama-sama mengikuti program Gerak Kerja Ko-kurikulum, sama-sama menjalani latihan kelab bola keranjang yang wajib di ambil oleh semua pelajar KPLI. =). Apa nak buat , nak tak nak nama dah ada dalam senarai latihan bola keranjang. Dilantik sebagai s/u kelab bola keranjang bersama dia sebagai bendahari kelab membuatkan kami kerap berhubung atas dasar kerja pada mula nya. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk ada hubungan yang lebih serius memandangkan dia agak laser mulutnya dan kerap mengusik sesiapa saja. Kerap kali juga terasa hati dengan perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya tiap kali berjumpa. Ada saja yang mahu digaduhkan kerana tidak sama pendapat dan biasanya aku tidak pernah menang. Dia sgt bijak mengutara pendapat demi pendapat sampai akhirnya aku kalah..

Sebelum halal bersama, byk jugak halangan yang kami terpaksa tempuh. Bukan senang nak tanam rasa percaya dan membuat pilihan yang tepat menjadikan dia suamiku dan ayah kepada anak-anakku.

Waktu kami berkawan, keluarga memang tidak tahu. Maklumla.. kami bukan selalu sangat keluar sama-sama..kadang2 sebulan pun sekali / 2kali je. kalau keluar pun, sekejap je setakat keluar makan, dan balik.. telefon pun jarang2. Melainkan ada perkara yang penting. Gaduh contohnya. Baru la lama sikit telefon untuk jernihkan keadaan. =). Sampai ada juga orang-orang yang pertikaikan hubungan kami. Sehinggalah yang paling teruk ujian terhadap hubungan kami, datang seorang makcik untuk merisik aku bagi pihak anak buahnya.

Ceritanya begini....
Makcik yang datang, rumahnya tidak jugak jauh dengan rumah aku. Emak aku tidak kata iya dan tidak juga kata tidak. Emak kata mahu bincang dulu.

Tiba-tiba, emak kata mahu terima. Budaknya baik.. kerjanya doktor di TUDM. Orangnya lawa. Keluarganya orang baik2 dan bukan senang zaman sekarang orang mahu datang merisik tanpa kenal terlebih dahulu. Emak kata itu tandanya mmg dia betul2 mahu...Emak kata lagi, entah2 itu la jodohnya, kalau ditolak, lambat lagi nak jumpa jodohnya tu.

Aku bagitahu emak yang aku sudah ada kawan. Emak tanya, 'Dia betul2 mahu kawin dengan engkau?'. Aku tak tahu sebab sebelum ini, mmg kami belum pernah merancang mahu tunang atau kawin lagi.

Bangun sahaja pagi, belum sempat bincang apa pun lagi,
Emak bagitahu, minggu depan makcik tu mahu datang hantar tanda... Aku rasa macam nak bergaduh je dengan emak gayanya. Mana taknya, belum bincang habis2, terus je bagi keputusan suruh datang hujung minggu . Aku tak puas hati. Aku geram. Aku marah smpai nangis. Bukan apa, aku dah bagitahu pada emak semalam, aku sudah ada kawan, tapi emak tetap juga mahu terima.

Malah, aku lebih marah dan lebih kecewa bilamana si dia bila aku telefon beritahu semua, dia seperti tidak mahu percaya. Masih juga menyuruh aku untuk terus bawa berbincang dengan emak. Sudah aku bwa bincang, tapi emak dan ayah tetap dengan keputusannya. Sudah tidak sempat. Aku mahu keluarganya datang juga sebelum keluarga mak cik datang ujung minggu nnti.

 Aku KECEWA bila dia dengan jawapan, 'tak boleh datang'. Aku menangis hingga bengkak2 mata. Hancur nya hati tuhan je yang tahu. Aku fikir mmg dia tidak serius mahu menjadikan aku isterinya selama kami berkawan. Sedih. Aku tak sangka dia ambil mudah hubungan kami. Sentiasa aku berdoa supaya dipermudahkan semua perkara.

Sehinggalah akhirnya, hati aku boleh pasrah dan redha walau dengan siapa pun aku akan dikahwinkan. Jodoh itu rahsia Allah. Jodoh itu Allah sudah tentukan dari aku dalam rahim emak lagi. Allah lah sebaik2 perancang dan aku percaya dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untukku.

Aku sudah tidak mahu semakkan fikiran lagi. Aku terima apa sahaja yang bakal terjadi. Aku sudah tidak marah, aku tidak nangis dan aku lebih tenang. Aku boleh fikir secara rasional. Aku sudah tidak sms/telefon si dia lagi. Walaupun berkali2 sms dihantar darinya. Aku sudah buat keputusan. Waktu tu, aku cuma fikir yang baik sahaja untuk diri aku sendiri. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan doktor. Gaji besar. hidup senang.


Si dia berkali2 telefon. entah kenapa kali ini aku jawab pggilannya. Cuba mahu dengar apa katanya..
Ya Allah, aku menangis lagi. Kali ini benar sedih. Si dia baru kebah dari demam. Dia juga sedih. Katanya, 'kenapa tak bagi saya peluang. Kenapa cepat sangat buat keputusan. Dalam 24 jam sahaja segala2 dah berubah. Katanya lagi, 'Emak saya kan kerja di Putrajaya. Balik cuma hujung minggu. Mana nak beli cincin lagi. Nak buat persiapan lagi'. Sebab tu saya kata tak boleh datang lagi. Tak sangka pulak awak terus buat keputusan macam tu'. Aku kelu tanpa jawapan sebab memang betul apa yang dicakapkan. Aku yang cepat sangat putus asa dan fikirkan yang bukan2 tanpa pertahankannya sedikit pun.
Aku pun pelik. Sewaktu dugaan yang macam2 dlu, boleh pulak aku percaya.

'Jari saiz ape?'
'Nak buat ape?'
'Nak beli cincin la?'
'Nak buat ape?'
'Nak kawin ke taknak?'
'Nak!'
'Dahtu, bagitahu la, apa saiznya'

Perasaan masa tu memang tak terkata. Tak sangka tiba-tiba perasaan yang sedih teramat bertukar menjadi gembira teramat sangat.
Aku pujuk emak. Macam-macam kata-kata yang keluar untuk bagi emak percaya. Aku tahu emak mesti bagi  sebab dah dua malam aku tak bercakap dengan emak, ayah dan adik2. Yang mereka nampak cuma mata aku yang bengkak.

Jawapan emak...'Tak apa...nanti pasal makcik tu , mak uruskan.. Mak bukan ape, cuma risau tengok engkau tu tak kahwin2 lagi. Tak berkawan. Jadi, bila dah ada orang yang datang merisik , kau taknak, mak marahlah. Tak apalah, kalau itu pilihan engkau, emak ikutkan. Kalau itu yang boleh buatkan kau gembira, emak ikutkan. Jodoh pertemuan bukan emak dan ayah yang tentukan. Kita cuma mampu merancang. Engkau gembira, kami pun gembira'


Akhirnya....
kami pun bertunang..
Hujung minggu itu juga keluarga suami datang merisik. Berbekalkan sebentuk cincin, aku telah ditanda / di'booked' la senang kata...

Di hari pertunangan 
Selepas setahun...
Kami pun berkahwin.... Alhamdulillah...


Setahun kemudian, dikurniakan seorang putera yang super comelnya
Muhammad Yusuff Asytar


Setahun kemudian...dikurniakan seorang lagi putera yang super hensemnya
Muhammad Adam Asytar

Ini kami berempat ye. Sorang lagi masih dalam perut... Hari raya pertama Muhammad Yusuff Asytar.. Hari raya pertama kami sebagai ayah dan mama. Tahun depan kami bergambar berempat lagi.. Opss!! berlima ?? Mana tahu rezeki.. Kita merancang, tuhan yang tentukan.. =)

Abang..
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-2..
Terima kasih abang di atas segalanya...
Mama mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukan. Sama-sama kita cuba perbaiki apa-apa sahaja kekurangan untuk tahun-tahun mendatang demi keharmonian rumahtangga kita. Demi anak-anak terutamanya.

Terima kasih abang kerana menjadi seorang ayah yang hebat untuk anak-anak kita..
Terima kasih abang kerana tidak menang tangan membantu  mama dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Terima kasih abang, kerana sentiasa bersama-sama dalam membesarkan anak-anak. Semoga kita menjadi mama dan ayah yang bakal dijadikan idola dalam kehidupan anak-anak kelak. Walau kita tidak bagus di mata orang, tapi kita akan tetap cuba untuk menjadi bagus di mata anak-anak kelak.
Terima kasih abang kerana selalu menunaikan kehendak dan keinginan mama, yusuff dan adam walau abang sendiri terpaksa bersusah2.
Terima kasih abang kerana menjadi seorang suami dan ayah yang sangat2 sabar dengan karenah kami semua.

Walaupun pelbagai rintangan dan halangan dihadapi, kita tetap utuh bersama.



P/s : Cerita aku macam cerekarama kan. Aku pernah cerita cerita aku ni kat kawan2 kat sekolah. Tapi diorang gelakkan aku. kata mereka, ada lagi rupanya orang orang datang minang mcam orang dulu2.Aku pun macam tak percaya mulanya. tapi itulah hakikatnya.

Satu lagi, masih respek dengan keluarga makcik tu smpi sekarang.. Walaupun mak ayah tolak, smpi sekarang dia masih baik dengan emak. Tiap kali datang beraya rumah makcik tu, dia mesti akan kata 'nilah dulu nyaris nak jadi anak sedara aku'... Waktu aku tunang, waktu aku kawin, dialah orang paling kuat yang banyak tolong emak ayah. Baik orangnya makcik tu.. Orang kalau beriman, hatinya bersih, cantik mmg takkan wujud perasaan dendam kan.. Doktor tu pun dah kahwin.. dengan doktor juga...setahun selepas kami kawin... Alhamdulillah.. Allah itu maha mengetahui mana yang buruk dan mana yang baik... =)

Akhir sekali, aku nanti, kalau anak2 aku dah berkawan, aku nak kawinkan aje cepat-cepat. Elak maksiat. Tak apelah aku dan suami keluar modal. Yang penting anak-anak tak terjebak. Panjang angan-angan aku. Tapi itulah angan-angan aku waktu yusuff masih sebulan umurnya. Moga Allah permudahkan.

Amin...















Monday, December 17, 2012

Yusuff

Waktu mama dlm pntang 44 hari, mama mmg xblh nk angkat2 yusuff nak.. Tu pun mama angkat jugak sebab rindu nk peluk kamu...mama lahirkan adik kamu secara pembedahan..Jadi, mama xblh angkat berat2.
Sejak bape minggu ni, yusuff da xmo dgn mama.. Sedih mama yusuff. Bukan sengaja mama xnak buat mcm dulu waktu sblm kamu ada adik..

Paling sebak.. tadi waktu kita sama sama pergi zoo bawa yusuff tgok binatang sebab bape minggu ni yusuff minat btul dgn binatang. Mama beria2 ajak ayah bawa yusuff ke zoo. mama sanggup tinggalkan adik sekejap  dgn tokwan sebab mama rasa nak luang sikit masa utk kamu... 

Awal2 perjalanan kamu ok je dgn mama. behave. baik sgt. xlama lpas tu, kamu da start aktif sgt. mama xbagi yusuff main kereta ayah sbb ayah bru tegur mama keretanya bru je dikemas. bila mama xbagi, yusuff marah.. nangis kuat2.. mama pujuk. kamu tak mau. kamu nak ayah yang tengah drive. Mama xbagi kamu ikut ayah, makin kuat kamu nangis. Last2, ayah terpaksa jugak ambil kamu. Drive sambil pegang kamu. Bahaya. Mama try tukar tempat dduk. mama duduk belakang. mama nak ambil kamu, kamu xmau jugak. xmau sgt2. Mama sedih sangat. tak pernah yusuff buat mama macam ni. Bila ayah ambil, yusuff diam terus gelak2. Mama tengokkan je dari belakang. Mama tak tau nak kata apa.. Kalau kereta ayah kereta auto, boleh juga mama tlg drive. At least , mama tak la sedih sangat.

Mama sedih. tapi sebab kita nak gembira2 kat zoo kan. takkan mama nak sedih2 je kan. Yusuff gembira kat zoo. Suka tengok semua binatang yang ada. Mama gembira tgok yusuff gembira. 

Balik dari zoo... mama dengan yusuff.. Yusuff ngantuk. Mama tidurkan yusuff atas pangku mama. Lama yusuff tido. Smpi rumah pun yusuff sambung tido lagi.. Sebak lagi ati mama bila dapat pangku yusuff tidur lama-lama. Gembira pun ada sebab yusuff dah mau mama...

tapi bila yusuff da bangun tidur, yusuff cari ayah. Yusuff melekat terus dengan ayah. Yusuff main dengan ayah. Yusuff tak cari mama dah. Mama tengokkan je dari jauh.. 
tak pa la nak kamu tak mau mama. Mungkin ada sebabnya kenapa. Mungkin Allah  nak uji mama dengan cara macam ni... lagipun, mama dengan adik adam kamu kan. sebab tu kamu cari ayah. Tak pa la sarah... pikir yang baik2 je. Berbaik sangka dengan Allah. Mungkin ada sebabnya tu kenapa...
Mama sentiasa doakan yusuff jadi anak yang soleh buat kami mama dan ayah. Cukuplah. 

Sedikit gambar yusuff di zoo tadi..