CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan 2

Alhamdulillah..
Hari ini dilalui seperti hari-hari biasa
Cumanya hari ini agak istimewa berbanding hari - hari sebelumnya. Hari ni pun hari gaji. Dengan bonus sekali. Alhamdulillah , syukur.
Kami raikannya dengan membawa anak2 berjalan di supermarket sahaja. Jadilah kan.. Gembirakan anak2. Kami pun gembira juga. 
Hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami
Serasa macam baru semalam saja dinikahkan. 
Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat yang diberikan oleh mu Tuhan


Sarah dan Syafiq

4 tahun yg dulu....
Dipertemukan dalam keadaan yang tanpa diduga. Berjumpa sewaktu sama-sama mengikuti program Gerak Kerja Ko-kurikulum, sama-sama menjalani latihan kelab bola keranjang yang wajib di ambil oleh semua pelajar KPLI. =). Apa nak buat , nak tak nak nama dah ada dalam senarai latihan bola keranjang. Dilantik sebagai s/u kelab bola keranjang bersama dia sebagai bendahari kelab membuatkan kami kerap berhubung atas dasar kerja pada mula nya. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk ada hubungan yang lebih serius memandangkan dia agak laser mulutnya dan kerap mengusik sesiapa saja. Kerap kali juga terasa hati dengan perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya tiap kali berjumpa. Ada saja yang mahu digaduhkan kerana tidak sama pendapat dan biasanya aku tidak pernah menang. Dia sgt bijak mengutara pendapat demi pendapat sampai akhirnya aku kalah..

Sebelum halal bersama, byk jugak halangan yang kami terpaksa tempuh. Bukan senang nak tanam rasa percaya dan membuat pilihan yang tepat menjadikan dia suamiku dan ayah kepada anak-anakku.

Waktu kami berkawan, keluarga memang tidak tahu. Maklumla.. kami bukan selalu sangat keluar sama-sama..kadang2 sebulan pun sekali / 2kali je. kalau keluar pun, sekejap je setakat keluar makan, dan balik.. telefon pun jarang2. Melainkan ada perkara yang penting. Gaduh contohnya. Baru la lama sikit telefon untuk jernihkan keadaan. =). Sampai ada juga orang-orang yang pertikaikan hubungan kami. Sehinggalah yang paling teruk ujian terhadap hubungan kami, datang seorang makcik untuk merisik aku bagi pihak anak buahnya.

Ceritanya begini....
Makcik yang datang, rumahnya tidak jugak jauh dengan rumah aku. Emak aku tidak kata iya dan tidak juga kata tidak. Emak kata mahu bincang dulu.

Tiba-tiba, emak kata mahu terima. Budaknya baik.. kerjanya doktor di TUDM. Orangnya lawa. Keluarganya orang baik2 dan bukan senang zaman sekarang orang mahu datang merisik tanpa kenal terlebih dahulu. Emak kata itu tandanya mmg dia betul2 mahu...Emak kata lagi, entah2 itu la jodohnya, kalau ditolak, lambat lagi nak jumpa jodohnya tu.

Aku bagitahu emak yang aku sudah ada kawan. Emak tanya, 'Dia betul2 mahu kawin dengan engkau?'. Aku tak tahu sebab sebelum ini, mmg kami belum pernah merancang mahu tunang atau kawin lagi.

Bangun sahaja pagi, belum sempat bincang apa pun lagi,
Emak bagitahu, minggu depan makcik tu mahu datang hantar tanda... Aku rasa macam nak bergaduh je dengan emak gayanya. Mana taknya, belum bincang habis2, terus je bagi keputusan suruh datang hujung minggu . Aku tak puas hati. Aku geram. Aku marah smpai nangis. Bukan apa, aku dah bagitahu pada emak semalam, aku sudah ada kawan, tapi emak tetap juga mahu terima.

Malah, aku lebih marah dan lebih kecewa bilamana si dia bila aku telefon beritahu semua, dia seperti tidak mahu percaya. Masih juga menyuruh aku untuk terus bawa berbincang dengan emak. Sudah aku bwa bincang, tapi emak dan ayah tetap dengan keputusannya. Sudah tidak sempat. Aku mahu keluarganya datang juga sebelum keluarga mak cik datang ujung minggu nnti.

 Aku KECEWA bila dia dengan jawapan, 'tak boleh datang'. Aku menangis hingga bengkak2 mata. Hancur nya hati tuhan je yang tahu. Aku fikir mmg dia tidak serius mahu menjadikan aku isterinya selama kami berkawan. Sedih. Aku tak sangka dia ambil mudah hubungan kami. Sentiasa aku berdoa supaya dipermudahkan semua perkara.

Sehinggalah akhirnya, hati aku boleh pasrah dan redha walau dengan siapa pun aku akan dikahwinkan. Jodoh itu rahsia Allah. Jodoh itu Allah sudah tentukan dari aku dalam rahim emak lagi. Allah lah sebaik2 perancang dan aku percaya dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untukku.

Aku sudah tidak mahu semakkan fikiran lagi. Aku terima apa sahaja yang bakal terjadi. Aku sudah tidak marah, aku tidak nangis dan aku lebih tenang. Aku boleh fikir secara rasional. Aku sudah tidak sms/telefon si dia lagi. Walaupun berkali2 sms dihantar darinya. Aku sudah buat keputusan. Waktu tu, aku cuma fikir yang baik sahaja untuk diri aku sendiri. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan doktor. Gaji besar. hidup senang.


Si dia berkali2 telefon. entah kenapa kali ini aku jawab pggilannya. Cuba mahu dengar apa katanya..
Ya Allah, aku menangis lagi. Kali ini benar sedih. Si dia baru kebah dari demam. Dia juga sedih. Katanya, 'kenapa tak bagi saya peluang. Kenapa cepat sangat buat keputusan. Dalam 24 jam sahaja segala2 dah berubah. Katanya lagi, 'Emak saya kan kerja di Putrajaya. Balik cuma hujung minggu. Mana nak beli cincin lagi. Nak buat persiapan lagi'. Sebab tu saya kata tak boleh datang lagi. Tak sangka pulak awak terus buat keputusan macam tu'. Aku kelu tanpa jawapan sebab memang betul apa yang dicakapkan. Aku yang cepat sangat putus asa dan fikirkan yang bukan2 tanpa pertahankannya sedikit pun.
Aku pun pelik. Sewaktu dugaan yang macam2 dlu, boleh pulak aku percaya.

'Jari saiz ape?'
'Nak buat ape?'
'Nak beli cincin la?'
'Nak buat ape?'
'Nak kawin ke taknak?'
'Nak!'
'Dahtu, bagitahu la, apa saiznya'

Perasaan masa tu memang tak terkata. Tak sangka tiba-tiba perasaan yang sedih teramat bertukar menjadi gembira teramat sangat.
Aku pujuk emak. Macam-macam kata-kata yang keluar untuk bagi emak percaya. Aku tahu emak mesti bagi  sebab dah dua malam aku tak bercakap dengan emak, ayah dan adik2. Yang mereka nampak cuma mata aku yang bengkak.

Jawapan emak...'Tak apa...nanti pasal makcik tu , mak uruskan.. Mak bukan ape, cuma risau tengok engkau tu tak kahwin2 lagi. Tak berkawan. Jadi, bila dah ada orang yang datang merisik , kau taknak, mak marahlah. Tak apalah, kalau itu pilihan engkau, emak ikutkan. Kalau itu yang boleh buatkan kau gembira, emak ikutkan. Jodoh pertemuan bukan emak dan ayah yang tentukan. Kita cuma mampu merancang. Engkau gembira, kami pun gembira'


Akhirnya....
kami pun bertunang..
Hujung minggu itu juga keluarga suami datang merisik. Berbekalkan sebentuk cincin, aku telah ditanda / di'booked' la senang kata...

Di hari pertunangan 
Selepas setahun...
Kami pun berkahwin.... Alhamdulillah...


Setahun kemudian, dikurniakan seorang putera yang super comelnya
Muhammad Yusuff Asytar


Setahun kemudian...dikurniakan seorang lagi putera yang super hensemnya
Muhammad Adam Asytar

Ini kami berempat ye. Sorang lagi masih dalam perut... Hari raya pertama Muhammad Yusuff Asytar.. Hari raya pertama kami sebagai ayah dan mama. Tahun depan kami bergambar berempat lagi.. Opss!! berlima ?? Mana tahu rezeki.. Kita merancang, tuhan yang tentukan.. =)

Abang..
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-2..
Terima kasih abang di atas segalanya...
Mama mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukan. Sama-sama kita cuba perbaiki apa-apa sahaja kekurangan untuk tahun-tahun mendatang demi keharmonian rumahtangga kita. Demi anak-anak terutamanya.

Terima kasih abang kerana menjadi seorang ayah yang hebat untuk anak-anak kita..
Terima kasih abang kerana tidak menang tangan membantu  mama dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Terima kasih abang, kerana sentiasa bersama-sama dalam membesarkan anak-anak. Semoga kita menjadi mama dan ayah yang bakal dijadikan idola dalam kehidupan anak-anak kelak. Walau kita tidak bagus di mata orang, tapi kita akan tetap cuba untuk menjadi bagus di mata anak-anak kelak.
Terima kasih abang kerana selalu menunaikan kehendak dan keinginan mama, yusuff dan adam walau abang sendiri terpaksa bersusah2.
Terima kasih abang kerana menjadi seorang suami dan ayah yang sangat2 sabar dengan karenah kami semua.

Walaupun pelbagai rintangan dan halangan dihadapi, kita tetap utuh bersama.



P/s : Cerita aku macam cerekarama kan. Aku pernah cerita cerita aku ni kat kawan2 kat sekolah. Tapi diorang gelakkan aku. kata mereka, ada lagi rupanya orang orang datang minang mcam orang dulu2.Aku pun macam tak percaya mulanya. tapi itulah hakikatnya.

Satu lagi, masih respek dengan keluarga makcik tu smpi sekarang.. Walaupun mak ayah tolak, smpi sekarang dia masih baik dengan emak. Tiap kali datang beraya rumah makcik tu, dia mesti akan kata 'nilah dulu nyaris nak jadi anak sedara aku'... Waktu aku tunang, waktu aku kawin, dialah orang paling kuat yang banyak tolong emak ayah. Baik orangnya makcik tu.. Orang kalau beriman, hatinya bersih, cantik mmg takkan wujud perasaan dendam kan.. Doktor tu pun dah kahwin.. dengan doktor juga...setahun selepas kami kawin... Alhamdulillah.. Allah itu maha mengetahui mana yang buruk dan mana yang baik... =)

Akhir sekali, aku nanti, kalau anak2 aku dah berkawan, aku nak kawinkan aje cepat-cepat. Elak maksiat. Tak apelah aku dan suami keluar modal. Yang penting anak-anak tak terjebak. Panjang angan-angan aku. Tapi itulah angan-angan aku waktu yusuff masih sebulan umurnya. Moga Allah permudahkan.

Amin...















Sunday, December 18, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Sayang..

18 Disember tahun lalu..
Ayg terima nikah abang dengan maskahwin RM22.50 & seutas gelang emas...
18 Disember tahun ini..
Genaplah usia perkahwinan kita 1 tahun...
Pantas sungguh masa berlalu..
Dalam setahun ini..
Pelbagai dugaan , cabaran, suka dan duka kita hadapi bersama..
Yang paling bermakna
Dalam setahun ini,
Kita dianugerahkan anugerah paling indah & bermakna dari Allah SWT 
Muhammad Yusuff Asytar..
Hidup kita lebih gembira dengan kehadiran si kecil Yusuff
Lebih-lebih lagi abang..
Riak wajah gembira abang lebih terlihat setiap hari setiap kali abang memeluk Yusuff kesayangan kita...
Abang tidak pernah segembira ini sebelum kedatangan si manja kita..
Alhamdulillah.. 
Ayang bersyukur kerana ayang telah selamat melahirkan anak kita yang menambahkan lagi rasa bahagia dalam hidup abang..
=)

Abang,
Terima kasih dari ayang tidak terhingga
Kerana terlalu sabar dalam melayani karenah ayang yang sukar diramal..
Kerana menjadi isteri yang selalu berfikiran yang bukan-bukan
Lebih lagi waktu ayang mengandung selama 38 minggu itu.. 
Terima kasih abang 
Kerana sanggup menunaikan apa sahaja permintaan yang diminta walaupun kadangkala abang terpaksa berhabis duit, berhabis masa & berhabis tenaga..

Abang,
Ayang minta ampun dan maaf di atas segala dosa & kesilapan yang pernah ayang lakukan
Ayang minta ampun & maaf di atas kedegilan ayang & 
Ayang tahu masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi isteri solehah buat abang dan ibu yang cemerlang buat Yusuff
Ayang janji akan cuba menjadi yang terbaik buat lelaki-lelaki kesayangan ayang, abang & yusuff

Abang, 
Selama setahun hidup bersama abang..
Perkara-perkara paling ayang suka tentang abang...
  • Bila kali pertama abang dengan lembut menyentuh tangan dan mencium dahi selepas Akad
  • Bila abang bisa membuat ayang tersenyum bahagia
  • Bila abang melemparkan kata-kata dengan sgt lembut tika abang meminta maaf ats kesilapan yang dilakukan
  • Bila abang dengan lembut menyapu air mata setiap kali air mata ini mengalir
  • Bila abang memeluk dan mencium ayang setiap kali bangun pagi
  • Bila abang menjadi imam setiap kali kita solat yang 5
  • Bila abang menjadi imam setiap kita solat di malam-malam bulan ramadhan
  • Bila abang marah tapi penuh dengan kata nasihat yang bisa melembutkan hati yang degil ini
  • Bila kali  pertama abang memegang Yusuff dalam dakapan..
  • Bila kali pertama abang mengazan dan mengiqamahkan Yusuff
  • Bila abang tidak selalu mengucapkan sayang dengan kata-kata, tapi sebaliknya dengan menunjukkan kasih sayang itu dalam setiap perbuatan abang..
  • Bila abang menyayangi kami dengan sepenuh hati abang
  • Bila ayang menyayangi abang dengan sepenuh hati ayang..
Abang,
Azam ayang untuk tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang...

  • Mahu jadi isteri solehah buat abang
  • Tak mahu moody tak tentu pasal then termarah.. huu
  • Tak mahu cakap kuat-kuat lagi kat abang
  • Tak mahu degil-degil lagi
  • Tak mahu fikir yang bukan-bukan lagi
  • Mahu belajar masak yang sedap-sedap supaya akan ada lagi fav dishes yang abang akan suka selain ayam goreng berempah ayang tu.. hehe
  • Mahu kuruskan badan agar menjadi slim seperti dahulu..

  • Mahu jadi ibu yang baik buat Yusuff
  • Mahu didik Yusuff sebaiknya agar dia menjadi seorang anak yang hormat pada orang tua, yang tidak memandang kekayaan sebagai tujuan hidup tetapi mahu kaya dalam budi bahasanya, kaya imannya dan  kaya ilmu agamanya...
  • Namun, ibu mahu ayah sama-sama bantu ibu untuk didik anak kita agar menjadi insan yang berguna suatu hari nnti...
Selamat Ulang tahun Pertama Abang... 
Anggaplah karangan di blog  ini sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan buat abang.. 


Hanya ini yang ayg mampu sebagai tanda kasih sayang buat abang...
Semoga kasih sayang ini akan menebal setiap hari..
Semoga rumahtangga yang kita bina ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT..

Tuesday, October 25, 2011

Sabar


Menjadi ibu 
Mengajar aku tentang bagaimana menjadi seseorang yang sabar
Dalam menempuh pelbagai perkara..
Ya Allah, 
Permudahkanlah segala urusanku serta seluruh ahli keluarga..
Peliharalah kami dari sebarang perkara yang tidak elok..
Amin Ya Robbal A'lamin..

Monday, October 17, 2011

Hari jadi en.suami

Dah terlewat sebenarnya baru nak post entry pasal hari jadi suami tercinta..
tapi takpa la kan memandangkan saya yang masih tgh dalam mood cuti.
Baby pun tgh tidor dengan nyenyaknya..
so, ambil la kesempatan yang ada ni untuk update apa2 yang patut..

Hari lahir encik suami ialah pada tanggal 12 september . Wah. seminggu je sebelum kelahiran putera kesayangan kami. =). Anak ayah la ni nnti. Orang kata , kalau tarikh lahir dekat2 ni perangai sama. So, ada kemungkinan leh jadi rapat..
Eh, tapi atok pernah jgk ckp, tak tentu jugak.. sebab bila perangai sama, susah nak mengalah. Dua dua, dua kali lima sama perangainya.. leh jadik panas...
Em, tak kesah la mana-mana pun...
yang penting, saya saya dua-dua kekasih hati pengarang jantung saya ni..

Berbalik kepada cerita yang asal...

Pada hari kejadian tersebut, 12sept2011... (Isnin)
Saya telah secara kebetulan mengambil MC kerana sudah terlalu penat handle open house kecil-kecilan semalam kat rumah...
Jadi, selepas mintak kebenaran dari suami tersayang, dia kata cuti je lah.. lagipun, dah tak larat dah nak jalan, nak ngajar (ngajar larat lagi, tapi tak larat nak ngajar dengan penuh gaya).heheh.
Nak ngajar sains kena ada byk gaya kan... klu tak, budak2 tak paham.. =)

Jadi, selepas mengambil kira semua pendapat dan nasihat en.suami, saya pun cuti ler... alang-alang dah cuti, pas subuh, smbung tido smpi la dekat kul 9..hu
Bila bangun dari tido, kepala trus jadik serabut sebab byk benda nak kena kemas. sebab semalam lepas guest balik, kami dah penat, tak larat nak setelkan semua benda. huhu..

Disebabkan hari ni ialah hari istimewa suami tercinta, semangat nak ngemas rumah tu jadik berkobar-kobar plak. he.. (tak ingat diri masa tu tgh ngndung dah sembilan bulan lebih dah tuh..). Excited punya pasal... =)

Tgh kemas2, pukul 12 lebih, tiba2 dapat msg dari en. suami, 'Terima Kasih, Sayang'.... =)
Wah, mesti en. suami dah dapat bunga yang dikirimkan ke sekolah....

Jambangan bunga tersebut..setelah dibawa pulang oleh en.suami... =). Love u so much my dear abang...


Jadi, lepas je reply msg en.suami, semangat semakin berkobar2 nih... hehe..

Mula-mula
kemas ruang tamu...
Asalkan nampak tak besepah-sepah, ok ler kan. hu







Lepas tu, masak...
masak la ape je yang ada
& panaskan sambal sotong, nasi lemak open house kecil-kecilan semalam punya, goreng ayam goreng berempah (lebihan ayam perapan yang lum sempat digoreng), masak sayur sawi.
Dah tu jek hidangan istimewa untuk hari ni. hehe


Ni lah dia, ayam goreng berempah. hehe.. Ni je hidangan yng sempat di ambil gambarnya..


Then, dah siap masak semua....
Kemas pulak dapur.....
atas meja dah clear...
yang ada cuma kek hari lahir en.suami...
Gambar ini diambil kurang 10 min suami smpi rumah.. =)
masa tu, jambangan bunga masih lum ada...


Eh, pstu, ada plak jambangan bunga tersebut.. tuu. yang kat atas oven tu..hehe


Pastu, terus mandi.. nak gi carik kek hari jadi en.suami di kedai-kedai yang berdekatan...
Nilah dia kek hari jadi suami tercinta.. nasib baik sempat beli sebelum suami smpi umah.. =)


Dan....
En.suami pun smpai ke rumah di sambut oleh isterinya dengan senyuman yang berseri2. celewah... & sedikit luahan rasa cinta & kasih & sayang untuk suami.. tak leh letak gambo.. bahaya.. hehe..

Suami pun disuruh potong kek.. wlupun, sebenarnya en.suami kurang seleranya terhadap segala kek.. (ibu mengandung masa tu kot sebenarnya yang nak makan sgt kek tu)



& sesi suap-menyuap pulak... =)
Dan kemudiannya barulah kami makan....
Buat suami, semoga hari lahirmu yng kali ini, memberi seribu satu makna dalam kehidupan abang...
Hari lahir kali ini, adalah hari lahir terakhir kami hidup berdua.. kerana hari lahir yang ke seterusnya kami dah ada asytar.. memandang besday ayah & asytar dekat, confirm kena sambut sekali...
Moga Allah merahmati keluarga kita selalu hendaknya..
Amin Ya Robbal A,lamin..


Thursday, December 23, 2010



My first entri as a wife...

segalanya dah pun selesai...

baru ni ada masa nak menulis semula...
itupun sebab hubby balik muar untuk selesaikan & tgok ape2 yg patut utk majlis ari sabtu ini... saya kena tinggal kejap..
coz ikut adatnya, pengantin pompuan takleh dtg sana dlu..
tak dikira menyambut menantu dah nanti.. hehe..


perasaan mmg sgt berbeza setelah menjadi isteri...
tanggungjawab sudah mesti dilaksanakan...
memasak...:buatkek:

:jemurtilam: mengemas......

:cucirumah: membersih....


membasuh.... :sidaibaju:


menjahit....:jahitbaju:


memvacum..:vacuum:

& mcm2 mem' lagi la....
kena ikhlas dalam melakukan setiap perkara2 tersebut ok...=)

Alhmdulillah...
setakat ini mempunyai seorang suami yang sangat baik dlm byk perkara....:girl_4:
Baik dari segi rohani & juga jasmani....
saya sangat bersyukur mendapat seorang suami seperti kamu ....
Harapan saya,
moga2,
mahligai bahagia yang baru kita bina ini
akan sentiasa disulami dengan kasih sayang dan rasa cinta yang maha hebat...
disinari dengan cahaya keimanan yang teguh buat kita berdua2....






Sunday, October 24, 2010

SABAR...

Saat ini..

Hanya kesabaran & keimanan yang kuat diperlukan....

Andai sesuatu terjadi...

Aku perlu Redha & Tabah di atas ketentuannya...

Sesungguhnya, Allah Taala itu, maha mengetahui atas segalanya yang berlaku....

Ya Allah,

Tabahkanlah hati ini...


Thursday, September 16, 2010

HARI RAYA YG KE-7...=)

Hari ni bangun awal pagi..sebab mahu jalan jauh ke muar nun... layankan je mata yang mengantok ni.. ngn bersiap dengan ala-ala slow motion gitu...tiba2 bile dpt msg dari en.tun , tanya dah gerak ke belum, kelam-kabut bersiap...

dkt pukul 10.00, mak ayah, abang, akak ipar, anak buah & saya ...bertolak.......silap masuk tol punyer pasal...dah silap jalan....mcm2 jd...tapi, akhernyer....smpi juga....

smpi parit jamil je, da dkt pukul satu.. mcm itu & mcm ini ++ sesi bincang2 mak ayah saya & mak ayah dia, dekat pukul 3 jugak la gerak balik... =)
then, singgah umah ucu @ kluang...lame betul tak gi umah ucu ni...tu pun dah lupe2 jalannyer..

smpi bukit ramun, kulai..... dlm 6 lbih..
balik2 je, kucing dah mengaruk nak mintak makan.. huhu..
tgok2 makanannya da abis..hu.. terus stat kete kononnya nak p beli makanan kucing..last2, tokey kedai tmpat biasa beli tu kata, makanan kucing dah habis.. tunggu esok gaknyer baru smpii....hu...nasib ko la kucing.. arini kena makan nasik n ikan jer k..

now, baru pukul 9pm, mata da ngantok . tgok cermin, mata dah macam beruang panda punyer mata. huhu.. kaki lenguh2. tak tau pasal pe. padahal tak drive pun.
hmm..apepun, arini gembira.....
gembira2 jgak...esok da naik sekolah.... selasa da stat UPSR... budak2 tu dah raya2 ni, tak tau la ape jadi... sabor je la tunggu hari esok nak brainwash mereka2 semua itu habis2an....
apepun, sekian dlu untuk hari ini...mata sudah semakin mengecil....ZZzzzz....

Tuesday, September 14, 2010

tahun akhir??

tahun ni mungkin menjadi tahun terakhir beraya sebagai saorang yang berstatus anak dara....so, menggunakan tahun ini dengan sebaik2nya. hehehe...
apepun, sgt gembira berjalan-jalan raya dengan mereka2 ~~> buat nisa, amat firdaus, fido & khair... thx coz spending time untuk beraya..da mcm jadi acara tahunan kan, beraya bersama2 since kita habis sekolah dlu... cume yang lainnya, tahun ni dah hilang satu ahli. dlm bape tahun lagi, aku rasa acara tahunan ni dah tak leh nak jalan lagi dah coz masing2 akan bzi ngan famili masing2 kan....huhu..tak best lak rasanya...apepun..
thx jugak coz dtg beraya ke rumah aku. wlupun rumah aku telah menjadi destinasi terakhir buat kamu semua...=)
seronok dpt tukar2 cerita....=)
apepun, thx semuanya... semoga persahabatan kita akan sentiasa terjalin & kekal selamanya....

Monday, September 13, 2010

menulis semula ??

waaa.. sudah sgt berhabuk la belog nih..

no new post for the year of 2010

dah dekat 10 bulan lebih kot tidak menghapdate blog ni...

& mcm2 perkara besar dalam hidup dah pon berlaku sepanjang tempoh 9 bulan tersebut...

Antara perkara2 besar ituuu.....

1.....
sudah pun menjadi guru.. alhmdullilah....

2....
4hb Januari 2010,sudah dipostingkan di SK LKTP BUKIT BATU...di daerah kulai ..yeay!!daerah kampung halamanku.. hehehe

3....
sudah menjadi guru sains kepada budak2 tahun 2, 3, 5, 6.... tahun 6?? cikgu baru ajar tahun 6??? tak tau nak jawab pe... (terima dengan penoh rasa tanggungjawab) .ceh. ayat saorang che'gu.. ngehngeh.

4....
sudah boleh pandu kereta.auto jek ponnnn nak kecoh.. hahaha.. (wlupun soalan2 hampeh seperti " smpi ke kaki nak tekan minyak?????" selalu ditanyakan kepada aku.. haha.) Layankannnnnnnnnnnnn.... ;)

5.....
Sudah pun menjadi tunangan orang....
oOpss.. sori .. sudah bertunang.. ;P

sekian dlu....=)

Tuesday, November 10, 2009

Kamsahamida...


Tima kacih ya...

karena...

menghantar "borang pink" itu...

biarpun sudah terlewat...

tapi tidak salah untuk berusaha

daripada membiarkan diri terus pasrah dengan ketentuan takdirNya....

=)

p/s:>>>tiba2 rasa kurang sket rasa bersalahnya.. then terus nak post kat sini.he

Tuesday, August 11, 2009

Mudak Mucuk



Windu banget sama ini dua orang mudak mucuk nin!!
he..

~Alif & Anis~


Keep Distance...

'Dalam perhubungan kadang-kadang perlu keep distance'


Ya...
Saya ambil kata-kata itu...
Saya cube
ok...?

sekian terima kasih......
=)

Monday, August 10, 2009

tengkiu..

Lily,
Tq for the present...
Aku suke.. hehehe

dah dah..
jgn dok busan busan jek
arini dah lebih seploh kali aku dengar perkataan tuh kuar dari mulut korang bedua
'lily & aby'
p wat keje yang melambak2 tu..
he
refleksi pon tolong siapkan..
lau boleh siapkan tok aku sekali..
hahaha..
;)




Tuesday, August 4, 2009

Semoga cepat sembuh...

Enchek abg yang demam,

Cepat2 sembuh ye...

Minum air banyak2...

Org doakan enchek abg salu......

Wat rumate saya jugak demam....

lily & aby, get well soon k...

Sgt kesian tgok korang...

Tambah kecian & haru lagi,

bile bau bilik kita pun da jadik mcm bau sepital...

bau obat jek....

huhu...




Friday, July 31, 2009

Hari lahir??

Genap umur saya menjadi 25 tahun 1 hari pada ini malam...=)

Tahun yang berbeda dari tahun-tahun yang lain..
di mana saya, Siti Sarah binti Ahmad,
telah menyambut hari lahirnya yang ke-25 tahun sebagai seorang guru pelatih.....
guru pelatih yang belum menamatkan sesi pratikum nya......

Buat student2, 5 ruby especially, thank u so much ye.. for the card...=)... tak sangka sgt u all ingat the date... sgt terharu bile pagi2 lagi u ol dah terkejar2 nak bagi wish... huhu...
x penah ada pengalaman semacam ini..

5 ruby,
Eventhough,
ur class, sangat paling terglemer kat SKTMR sebagai kelas yang sangat paling membingitkan, paling jahat, paling dajal & paling eberything yang tak sedap nak dengar la...isk isk....
but, sincerely, cikgu tak penah rasa gitu....
This week, i had spent most of my time in your class....
Asik kena releif kelas kamu jek... exam week pon, kena jaga kamu jek...

Guys,
Tq because most of the time, u all sangat mendengar kata....
Pendekatan yang harus sgt betul dan tepat untuk memenangi hati budak2 5 ruby yang sgt 'baik' neh.
love this class!!!
~iskh~


those cards.... tq!!!

Thursday, July 30, 2009

satu satunya cara...

Satu satunya cara agar kita mendapat kasih sayang....
ialah....

Jangan menuntut agar kita di cintai...
Tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain

tanpa...

Mengharapkan balasan...

Sunday, June 21, 2009

Kamu_

Kamu,
Tadi, org baru aje terbaca sekali lagi cerpen itu…
Cerpen yang kamu karang untuk subjek BMK En.Aris...
~Haihhh….~~ ntah tibe2 rasa sgt terharu...~
Betapa kamu di waktu itu, begitu bersungguh untuk memenangi sekeping hati milik saOrang perempuan…
;-)

Sunday, May 24, 2009

Congrats…!!!


Tahniah buat besfren ku nun jauh di kuantan sane..da dapat baby girl….!!!!hehe..
Buat nurul & Lan, semoga kehidupan lebih bahagia disamping lil baby yang diberi nama Khairunnisa…..smoga jadik mak & ayah yang sgt best tau!!!
Gambar setahun yang lepas, sebelum si nurul ni jadik mak orang...he..tak tau la skang ni camane..arap2 ko maintain je ek? buat anim, aku interpremkan ko skali kat sini ek.. aku nak upload gambo ko tunang..tapi disebabkan larangan keras oleh ko & tunang, so, aku tak update gambo tunang ko itu ari..hu..cedey....

Sunday, April 26, 2009

time kacih ....

Saya sangat happy!!

Terima kasih buat si dia.... =)


Wednesday, April 8, 2009