CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 18, 2011

Rindu waktu Pregnant.. =)

Seriusly..
bila tgok muka sekarang rasa mcm rindu betul dengan muka masa pregnant..
gemok, gebu, cantik..
tiba-tiba mcm nak perasan jek kan
tapi betul la....
skang ni, bila tgok muka sendiri, rasa mcm kurang puas hati..
mcm kusam-kusam gitu.
hehe
tapi mmg pun biasanya ibu mengandung ni berseri-seri..
kan...






Muka-muka zaman mengandungkan my dear asytar..

Awal-awal trimester....


masa ni baru mengandung dlm 2/3 bulan...


Ni pun sama..... muka pun tak bape tembam lagi, apatah lagi perut yg lum nampak ape pun.. =)


bulan-bulan berikutnya... masa ni nak hantar budak gi pertandingan karnival bahasa inggeris...
da demok. double chin. huu

Pertengahan trimester....


di pertengahan trimester pun, perut masih tak bape nampak lagi. Smpi bila kata mengandung pun ramai tak caye.. hihihi...
Org kata klu ngandung, perut tak bape nampak, namanya 'ngandung kaca'..=)


Lagi gambar di pertengahan trimester..


lagi.....


& lagi...


Dan di akhir trimester...


kena masuk wad 2hari, sebab tiba-tiba lak doktor detect air mentuban sikit..
AFI : 4.3.
Sgt sikit kan.. ingatkan da nak kena bersalin da.. rupenyer lum lagi coz next 2 weeksnya, cek semula, air mentuban bertambah semula.. Alhmdulillah....


Beberapa minggu sebelum melahirkan.. da 9bulan dah ni. tapi masih lagi nak jalan-jalan kenduri kawin orang. hehehe



& ini gambar terakhir sebelum melahirkan.. 1jam sebelum admit ke wad HSA, sempat lgi posing & makan2 @ kempas.. Our favourite seafood restaurant... Sup Tulang ZZ.

Dah tu je ceritanya..
so, moral of the story,
kena slalu ngandung ke untuk nampak berseri-seri selalu??
huhu..
mengandung mmg seronok, tapi part sakit nak keluarkan tu yg tak bape nak best..
apepun, bersyukur sgt atas kesakitan tersebut sebagai pengalaman yang tak kan dilupakan seumur hidup..
terasa lengkap hidup ini sebagai seorang perempuan apabila pengalaman itu sudah dilalui sendiri...


Monday, October 17, 2011

Hari jadi en.suami

Dah terlewat sebenarnya baru nak post entry pasal hari jadi suami tercinta..
tapi takpa la kan memandangkan saya yang masih tgh dalam mood cuti.
Baby pun tgh tidor dengan nyenyaknya..
so, ambil la kesempatan yang ada ni untuk update apa2 yang patut..

Hari lahir encik suami ialah pada tanggal 12 september . Wah. seminggu je sebelum kelahiran putera kesayangan kami. =). Anak ayah la ni nnti. Orang kata , kalau tarikh lahir dekat2 ni perangai sama. So, ada kemungkinan leh jadi rapat..
Eh, tapi atok pernah jgk ckp, tak tentu jugak.. sebab bila perangai sama, susah nak mengalah. Dua dua, dua kali lima sama perangainya.. leh jadik panas...
Em, tak kesah la mana-mana pun...
yang penting, saya saya dua-dua kekasih hati pengarang jantung saya ni..

Berbalik kepada cerita yang asal...

Pada hari kejadian tersebut, 12sept2011... (Isnin)
Saya telah secara kebetulan mengambil MC kerana sudah terlalu penat handle open house kecil-kecilan semalam kat rumah...
Jadi, selepas mintak kebenaran dari suami tersayang, dia kata cuti je lah.. lagipun, dah tak larat dah nak jalan, nak ngajar (ngajar larat lagi, tapi tak larat nak ngajar dengan penuh gaya).heheh.
Nak ngajar sains kena ada byk gaya kan... klu tak, budak2 tak paham.. =)

Jadi, selepas mengambil kira semua pendapat dan nasihat en.suami, saya pun cuti ler... alang-alang dah cuti, pas subuh, smbung tido smpi la dekat kul 9..hu
Bila bangun dari tido, kepala trus jadik serabut sebab byk benda nak kena kemas. sebab semalam lepas guest balik, kami dah penat, tak larat nak setelkan semua benda. huhu..

Disebabkan hari ni ialah hari istimewa suami tercinta, semangat nak ngemas rumah tu jadik berkobar-kobar plak. he.. (tak ingat diri masa tu tgh ngndung dah sembilan bulan lebih dah tuh..). Excited punya pasal... =)

Tgh kemas2, pukul 12 lebih, tiba2 dapat msg dari en. suami, 'Terima Kasih, Sayang'.... =)
Wah, mesti en. suami dah dapat bunga yang dikirimkan ke sekolah....

Jambangan bunga tersebut..setelah dibawa pulang oleh en.suami... =). Love u so much my dear abang...


Jadi, lepas je reply msg en.suami, semangat semakin berkobar2 nih... hehe..

Mula-mula
kemas ruang tamu...
Asalkan nampak tak besepah-sepah, ok ler kan. hu







Lepas tu, masak...
masak la ape je yang ada
& panaskan sambal sotong, nasi lemak open house kecil-kecilan semalam punya, goreng ayam goreng berempah (lebihan ayam perapan yang lum sempat digoreng), masak sayur sawi.
Dah tu jek hidangan istimewa untuk hari ni. hehe


Ni lah dia, ayam goreng berempah. hehe.. Ni je hidangan yng sempat di ambil gambarnya..


Then, dah siap masak semua....
Kemas pulak dapur.....
atas meja dah clear...
yang ada cuma kek hari lahir en.suami...
Gambar ini diambil kurang 10 min suami smpi rumah.. =)
masa tu, jambangan bunga masih lum ada...


Eh, pstu, ada plak jambangan bunga tersebut.. tuu. yang kat atas oven tu..hehe


Pastu, terus mandi.. nak gi carik kek hari jadi en.suami di kedai-kedai yang berdekatan...
Nilah dia kek hari jadi suami tercinta.. nasib baik sempat beli sebelum suami smpi umah.. =)


Dan....
En.suami pun smpai ke rumah di sambut oleh isterinya dengan senyuman yang berseri2. celewah... & sedikit luahan rasa cinta & kasih & sayang untuk suami.. tak leh letak gambo.. bahaya.. hehe..

Suami pun disuruh potong kek.. wlupun, sebenarnya en.suami kurang seleranya terhadap segala kek.. (ibu mengandung masa tu kot sebenarnya yang nak makan sgt kek tu)



& sesi suap-menyuap pulak... =)
Dan kemudiannya barulah kami makan....
Buat suami, semoga hari lahirmu yng kali ini, memberi seribu satu makna dalam kehidupan abang...
Hari lahir kali ini, adalah hari lahir terakhir kami hidup berdua.. kerana hari lahir yang ke seterusnya kami dah ada asytar.. memandang besday ayah & asytar dekat, confirm kena sambut sekali...
Moga Allah merahmati keluarga kita selalu hendaknya..
Amin Ya Robbal A,lamin..


Sunday, October 16, 2011

Asytar Genap satu Purnama.. =)

Alhmdulillah..
Hari ni 16 oktober 2011, genap lah Muhammad Yusuff Asytar sebulan..
happy one month old my dear son...
sekejap je masa berlalu, dah pun sebulan. rasa mcm baru semalam ibu sakit melahirkan.
tup tup dah sebulan pun kan..
Macam-mcm yang berlaku sepanjang sebulan ni.
Minggu-minggu pertama melahirkan, ibu mcm tak tau apa nak buat apa kat anak ibu ni.
nak mandikan tak tau.. nak nyusukan tak tau, nak pegang pun kekok, nak bedong tak tau. sedih betul rasanya. tambah2 lagi sakit masih belum surut.
& mcam sgt tertekan bila dia nangis tak henti2. then, mcm tak tau nak wat pe. hu. depan mak, wat muka sgt tabah. tapi bila depan suami, terus meleleh2 air mata menahan sebak kerana sgt zero dlm byk perkara... Terima kasih suami kerana sgt sabar melayan karenah isterimu yang pelbagai nih..

Tapi, as time goes by, ibu dah boleh buat semua tuh.. dengan sokongan & bantuan dri mak & en.suami..
Asytar pun dah makin pndai.. dah mcm2 bunyi dia wat.. dan pndai tgok orang bila bcakap dgn dia, dah pndi tgok kamera, da pndi senyum2 (wlupun mak kata sebenarnya dia bukan senyum dgn kita tapi senyum ngan kawan dia.), dah pndi mengeliat dengan sgt teruk smpi merah2 muka & menakutkan pun ada kadang... & mcm2 lgi..

Happy one month old my dear son..
The apples of our eyes...
Smoga membesar & sihat bagai juara ya..
Ibu & ayah sayang Asytar banyak2...

Wajah2 kesayangan ibu & ayah..
( 0 - 1 month old)



hari ke- 2


with ayah..



hari ke-5
sehari selepas keluar wad..
muka mcm terbakar sket coz duk bawah phototherapy lamp for jaundis...



Hari ke-16
stat meradang
da boring taknak bergambar. =)



with ibu...



Sebelum dihandsomekan... Selepas dihandsomekan.... =)
Hari ke-26



Thursday, September 22, 2011

Cian Cayang Ibu.

5 hari selepas dilahirkan..
Asytar kena demam kuning..
Terpaksa masuk wad...
Cian cayang ibu..
Sayu hati tengok dia kena bogel bawah lampu biru...
tapi apa nak buat kan dik..
Kena duduk bawah lampu supaya cepat baik k..
Asytar asik tidur je..
Ibu terpaksa kejut untuk susukan setiap dua jam..
Kalau tak, nanti lambat turun kuningnya...

Ayah risaukan asytar smpai ibu yang kena marah..
Nak buat macamana
benda dah nak jdikan....
esoknya pukul 5 pagi, nurse kejut nak amik asytar untuk ambil darah..
Debar-debar ibu tunggu smpi pagi apa keputusannya...

Alhmdulillah, pukul 9pgi, nurse n doctor dtg tgok keadaan anak ibu ni..
n doc kata dah leh discharge even kuning masih pada bacaan 11.9 lagi..
tapi doc benarkan balik..

Kul 12 tghari kita smpi umah nenek semula.. Nenek kata, baru satu hari tak dengar asytar nangis , dia dah rindu..
=)
Yelah nenek, asytar dah balik ni...
Insyallah, doakan asytar cepat sembuh...
Amin...


Cayang Anak Ibu.. Muah!








Monday, September 19, 2011

Alhmdlh....

Hosp Sultanah Aminah , JB

16 Sept 2011...

bersamaan 19 syawal 1432 H..

Jam 9.03 malam...

Lahirlah seorang lagi hamba Allah ke dunia....

Alhmdulillah..

penantian ibu n ayah selama ini berbaloi dengan kehadiran kamu anakku...

Kesakitan yang tidak tertanggung seperti hilang begitu saja setiap kali merenung wajah kamu..

=)

Seperti mimpi, rahim ibu yang sarat, akhirnya sampai masa untuk melahirkan kamu si comel ibu..
Air mata ibu tak dapat tertahan setiap kali dapat merenung & mencium kamu...
kerana kamu adalah anugerah yang tidak ternilai harganya..

Ya Allah, aku bersyukur ke atas mu atas nikmat yang kau berikan dalam perjalanan ku menempuhi hari-hari menjadi seorang ibu...

Ya Allah, jadikanlah aku seorang ibu yang kuat dan sabar dalam menghadapi segala dugaan, cabaran dalam mendidik anak-anak kelak...

Ya Allah, jadikanlah anakku kelak, seorang insan yang soleh dan berguna kepada kepada kedua ibu bapanya, dan agamanya..

Amin...




Muhammad Yusuff Asytar ( day 1 )


Wednesday, March 16, 2011

Wedding of My Husband's cousin...

Tahniah buat pengantin baru yang baru dinikahkan pada 12 mac 2011 yang lalu..

Pasangan Ghaffar & Fasihah...

Pengantin lelaki adalah sepupu kepada encik suamiku...

Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat ye...

Jauh kami merantau dari JOhor ke Terengganu...

wlbgaimanapun, perjalanan ke Terengganu sgt menyeronokkan...

Dah lama pun dah berjalan jauh.. En. suami pun mmg dah lama tak balik ke kampung halaman hampir 7/8 tahun lamanya...

Jadi, menggunakan peluang yang ada untuk berjalan-jalan.. kebetulan tgah cuti2 sekolah ni kan...

entry pasal trip ke lain-lain tempat di terengganu akan di post nnti ye..

buat sementara waktu, ini adalah sedikit gambar sepanjang majlis perkahwinan sepupu en.suami ku...




Pengantin perempuan....



Pengantin lelaki....



Pasangan pengantin slps diakad nikah kan....



Pengantin in purple...



Kami & pengantin...




Friday, February 4, 2011

Cubit Peha Kiri Peha Kanan Pun Terasa...

Begitulah kehidupan...

Mulanya seakan tidak percaya...

Tetapi itulah hakikatnya...

Mulanya terasa seperti agak lucu melihat keadaan suami yang loya2 & muntah dlm beberapa minggu sebelum disahkan hamil 4 minggu..

Tidak pernah menyangka suami loya2 & muntah2 adalah disebabkan oleh pembawakan. Malah menyangka suami keracunan makanan. Mana tidaknya, sejam/2jam sebelum tu, suami makan 'sambal udang' dengan banyaknya & mmg nampak dia makan dengan sangat selera.. tapi tiba2 malam tu muntah2..ingatkan mmg keracunan makanan.. semenjak hari tersebut , rumah tidak pernah dipenuhi lagi dengan makanan yang sedap2. huhu. menu utama selama dkt hampir seminggu ialah: 'bubur nasi'

1 minggu selepas itu, saya pulak yang muntah waktu pagi..
Ptg hari yang sama itu jgak, en. suami ajak beli urine pregnancy test kit.... kena paksa..
sebab en.suami kata,
at least dia tau...
bahawa tidak sia2 dia loya2 n muntah2 dekat hampir 1 minggu lebih...
dengan harapan ia akan membawa berita gembira kepada kami berdua.
dan
akhirnya...

=)



red double line itu betul2 membawa berita gembira buat kami berdua dan juga buat keluarga.... en.suami senyum simpul smpi ke telinga... 2hari selepas itu baru kami ke klinik berdekatan utk buat confirmation....

so, moral of the story , tak pa en.suami rasa loya.... kan sharing is caring.. biarlah dia dlu yang rasa keloyaan tersebut.. at least dia tau betapa tak bestnya 'rasa' tersebut.... & betapa moody nya perasaan bile diselubungi dengan 'rasa' tersebut.
=)