CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 29, 2011

Doa buat Anakku



Esok
30 Nov 2011..
Yusuff Asytar akan di operate for 'reducible hernia' di hospital pakar puteri, johor.
Kesian anak ibu
Yusuff baru 2bulan lebih..
Ibu doakan mudah-mudahan semuanya berjalan lancar esok pagi
Sedih ibu tgok yusuff kecil2 dah nak kena operate
Nak buat macam mana.. 
Semua cara kampung ibu n ayah dah buat.. tapi tak jalan jugak..
Dan akhirnya , inilah satu-satunya jalan yang ibu & ayah rasa perlu disegerakan...
Ibu dah tak nak tunggu lama-lama sebab nanti akan beri kesan yang lebih teruk nanti..

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau permudahkan lah segalanya pada esok hari dan hari-hari yang mendatang buat anak ku Muhammad Yusuff Asytar.
Berilah dia kesihatan yang baik & mudah-mudahan segera sembuh dari penyakit yang dialaminya..
Kau berilah aku dan suamiku serta anakku kekuatan untuk menghadapi segalanya ini..
Amin Ya Rabbal Alamin

Buat pengetahuan semua, anak saya menghidapi Inguinal Hernia @ dalam bahasa melayunya Angin pasang...
Doakan lah semuanya berjalan dengan lancar..
Amin

Yusuff & Ibu



Saturday, November 26, 2011

Selamat Pengantin Baru Aznan & Suhaila

Selamat Pengantin Baru 
Buat Aznan & Suhaila..
Semoga Bahagia hingga ke Akhir Hayat ya...

Aznan ialah sahabat baik encik suami yang pernah juga menjadi roomate sewaktu zaman bujangnya..
Kenal juga dengan Aznan ni sebab penah satu kelas dlu masa di IPTI tapi tak bape nak kenal juga sebab join kelas dengan dia seminggu sekali je pun. Tegur sapa pun tak pernah tapi cam muka la..

Actually, ada 2 kenduri yang sama dengan majlis Aznan ni juga, tapi kami pilih untuk pergi ke kenduri si Aznan ni sebab kami suami isteri kenal baik dengan Aznan..
Buat kawan yang sama tarikhnya dengan kenduri si Aznan ni, ( Khairunisa' & Mohd Firdaus ), kami juga doakan kamu berdua hidup bahagia selamanya ye.. Hadiah dah dikirimkan oleh Mak Ayah masa kenduri korang aritu.. Memang teringin nak pegi kenduri korang, sebab nak tgok sgt classmate dua orang ni bersanding.. tapi apakandaya kekangan tarikh yang sama pula....



Sekitar Majlis Perkahwinan Nan & Isteri...

Dalam perjalanan ke rumah pengantin...

Pengantin-pengantinnya...... Berseri bersongket kuning..

lagi gambar pengantin...

Encik suami dan kembarnya katanya... hiihi

Antara yang hadir... Raja & family.. Rakan sekerja en.suami..

Pengantin sedang melayan tetamu yang datang...

E'eh, ada yusuff la kena gendong.. heheh

kami .. baru lepas makan....

Bergambar dlu dengan pengantin sebelum meneruskan perjalanan...

A Visit To TokCu's House


Kebetulan ada kenduri kahwin kawan suami dan rumah nya dekat sangat dengan rumah pak usu kami di KUala Lumpur, jadi kami pun singgah la sekejap ke rumah pak usu..

Sgt suka pegi rumah paksu ni sebab landskap kat luar rumah dia penuh dengan pokok-pokok dan bunga-bunga..
Jadi, apa lagi... kami pun tak lepaskan peluang la untuk bergambar-gambar.. Kebetulan pondok baru, baru je siap.. Memang kena sgtla kalau nak buat port tempat ambil gambar. 

Paksu ni pun keje dengan MARDi .. Jadi, no wonder la dia punyer rumah penuh dengan dedaunan yang hijau....


Pemandangan kawasan rumah Ucu kami..

Dalam rumah pun cantik... i like... =)

Interpreme sikit.... =)

Encik Suami baca paper... =)

Salah satu dripada pond yang ada....

Pond lain yang juga dipenuhi ikan-ikan...

Di pondok baru yang baru siap dibina...


Di kawasan belakang rumah... Cantik sgt sebenarnya..
tapi gambar ni je yang dpt  snap...
Ikan-ikan berenang-renangan...

Candid oleh encik suami..

Cayangggg dia...

Pemandangan dari tepi pondok...

Inilah dia pondok yang cantik itu... 


Jom gambar kat tepi pondok. hehe

Jom gambar kt tepi pokok kata suami.. hee

Turn suami pulak bergambar-gambar...

Ayah & yusuff

Ayah & Yusuff lagi...

Dah penat kami bergambar-gambar sakan, dalam pukul 5 ptg, kami pun bertolak balik ke Muar...Alhmdulillah, kami smpai dengan selamat.....

Monday, October 31, 2011

Berakhirnya 44hari

Alhmdulillah..
Dah selamat pun habis 44 hari berpantang
tapi tak macam berpantang sgt pun..
cumanya byk kan makan jamu org kampung yang atok tolong belikan kt orang kampung sini..
makan tak bape nak jaga sgt..
minggu ke 3 je dah makan yang mcm2..
 tekak dah gatal..
hehe.
kena marah ngan mak pun, wat dono jek. nak makan punya pasal. 


Alhmdulillah..
Kami pun dah balik semula ke rumah sendiri petang semalam..
sayu je atok n nenek tgok cucunya dah nak kena bawak balik semula..
takpe tok, nek..
ujung minggu ni kan saya balik lagi..

Astagfirullah..
Masuk rumah je..
byk nya barang nak kena kemas.. 
berhempas pulas berkemas2 rumah dengan encik suami tersayang..
nasib baik si kecik ni tahan betul dia tidur smpi semua clear..
tu pun dah tak byk benda nak kena kemas coz encik suami rajin ulang alik rumah 
jadi rumah tak bape nak terabai sgt...

Alhmdulillah..
tidur malam pun, si kecik tak bape nak meragam..
harap2 berterusan hendaknya..
takut jugak org2 tua kata, bila masuk ke suasana baru, bdk kecik meragam..
coz bdk kecik kan leh nampak macam2x...

Actually, rumah tak bape nak clear lagi..
habuk n debu sana-sini lagi..
jadi, untuk men'slim'kan diri..
operasi akan bermula esok!!!
yeay!!






Thursday, October 27, 2011

New Playgym

Thanks to Zakiah for the cute Simple Dimple Playgym..

Gembira betul bila posmen hantar playgym yang di order itu...

Ibunya yang excited.. Asytar nya jap je dia tahan dok bawah playgym tu..

Selebihnya , masa dihabiskan dengan tidur.. hehe

Asytar with Ayah
His New Playgym

Termenung tgok ayah dia. hehe
















Details about the Playgym...

Simple Dimple Flower Playgym-Flower
Diameter - 80cm

* From birth onwards * Many interactive & activity toys included such as squeaker toy, soft rattle, rattle keys, mirror * A basic & must have toy for any growing baby * Bright & colourful soft pillow included * Activity playgym wull keep baby busy for hours * Excellent to stimulate baby's hand-eye coordination, sensory development, imagination, exploration, focus & problem solving skills * Enhance baby's brain development through fun & play * Non toxic & meet international safety requirements

Ok... Semoga Playgym tersebut bermanfaat buat anak kesayangan ibu nih. 
Ayah dia asik tanya je, bla dia nak main ngan playgym tu betul2 sebab setiap kali dia segar bugar bawah playgym tu, ayah dia mesti takde nak tgok. hehe.



Tuesday, October 25, 2011

Sabar


Menjadi ibu 
Mengajar aku tentang bagaimana menjadi seseorang yang sabar
Dalam menempuh pelbagai perkara..
Ya Allah, 
Permudahkanlah segala urusanku serta seluruh ahli keluarga..
Peliharalah kami dari sebarang perkara yang tidak elok..
Amin Ya Robbal A'lamin..

Tuesday, October 18, 2011

Rindu waktu Pregnant.. =)

Seriusly..
bila tgok muka sekarang rasa mcm rindu betul dengan muka masa pregnant..
gemok, gebu, cantik..
tiba-tiba mcm nak perasan jek kan
tapi betul la....
skang ni, bila tgok muka sendiri, rasa mcm kurang puas hati..
mcm kusam-kusam gitu.
hehe
tapi mmg pun biasanya ibu mengandung ni berseri-seri..
kan...






Muka-muka zaman mengandungkan my dear asytar..

Awal-awal trimester....


masa ni baru mengandung dlm 2/3 bulan...


Ni pun sama..... muka pun tak bape tembam lagi, apatah lagi perut yg lum nampak ape pun.. =)


bulan-bulan berikutnya... masa ni nak hantar budak gi pertandingan karnival bahasa inggeris...
da demok. double chin. huu

Pertengahan trimester....


di pertengahan trimester pun, perut masih tak bape nampak lagi. Smpi bila kata mengandung pun ramai tak caye.. hihihi...
Org kata klu ngandung, perut tak bape nampak, namanya 'ngandung kaca'..=)


Lagi gambar di pertengahan trimester..


lagi.....


& lagi...


Dan di akhir trimester...


kena masuk wad 2hari, sebab tiba-tiba lak doktor detect air mentuban sikit..
AFI : 4.3.
Sgt sikit kan.. ingatkan da nak kena bersalin da.. rupenyer lum lagi coz next 2 weeksnya, cek semula, air mentuban bertambah semula.. Alhmdulillah....


Beberapa minggu sebelum melahirkan.. da 9bulan dah ni. tapi masih lagi nak jalan-jalan kenduri kawin orang. hehehe



& ini gambar terakhir sebelum melahirkan.. 1jam sebelum admit ke wad HSA, sempat lgi posing & makan2 @ kempas.. Our favourite seafood restaurant... Sup Tulang ZZ.

Dah tu je ceritanya..
so, moral of the story,
kena slalu ngandung ke untuk nampak berseri-seri selalu??
huhu..
mengandung mmg seronok, tapi part sakit nak keluarkan tu yg tak bape nak best..
apepun, bersyukur sgt atas kesakitan tersebut sebagai pengalaman yang tak kan dilupakan seumur hidup..
terasa lengkap hidup ini sebagai seorang perempuan apabila pengalaman itu sudah dilalui sendiri...