CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 18, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan 2

Alhamdulillah..
Hari ini dilalui seperti hari-hari biasa
Cumanya hari ini agak istimewa berbanding hari - hari sebelumnya. Hari ni pun hari gaji. Dengan bonus sekali. Alhamdulillah , syukur.
Kami raikannya dengan membawa anak2 berjalan di supermarket sahaja. Jadilah kan.. Gembirakan anak2. Kami pun gembira juga. 
Hari ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami
Serasa macam baru semalam saja dinikahkan. 
Alhamdulillah, syukur ke atas nikmat yang diberikan oleh mu Tuhan


Sarah dan Syafiq

4 tahun yg dulu....
Dipertemukan dalam keadaan yang tanpa diduga. Berjumpa sewaktu sama-sama mengikuti program Gerak Kerja Ko-kurikulum, sama-sama menjalani latihan kelab bola keranjang yang wajib di ambil oleh semua pelajar KPLI. =). Apa nak buat , nak tak nak nama dah ada dalam senarai latihan bola keranjang. Dilantik sebagai s/u kelab bola keranjang bersama dia sebagai bendahari kelab membuatkan kami kerap berhubung atas dasar kerja pada mula nya. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk ada hubungan yang lebih serius memandangkan dia agak laser mulutnya dan kerap mengusik sesiapa saja. Kerap kali juga terasa hati dengan perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya tiap kali berjumpa. Ada saja yang mahu digaduhkan kerana tidak sama pendapat dan biasanya aku tidak pernah menang. Dia sgt bijak mengutara pendapat demi pendapat sampai akhirnya aku kalah..

Sebelum halal bersama, byk jugak halangan yang kami terpaksa tempuh. Bukan senang nak tanam rasa percaya dan membuat pilihan yang tepat menjadikan dia suamiku dan ayah kepada anak-anakku.

Waktu kami berkawan, keluarga memang tidak tahu. Maklumla.. kami bukan selalu sangat keluar sama-sama..kadang2 sebulan pun sekali / 2kali je. kalau keluar pun, sekejap je setakat keluar makan, dan balik.. telefon pun jarang2. Melainkan ada perkara yang penting. Gaduh contohnya. Baru la lama sikit telefon untuk jernihkan keadaan. =). Sampai ada juga orang-orang yang pertikaikan hubungan kami. Sehinggalah yang paling teruk ujian terhadap hubungan kami, datang seorang makcik untuk merisik aku bagi pihak anak buahnya.

Ceritanya begini....
Makcik yang datang, rumahnya tidak jugak jauh dengan rumah aku. Emak aku tidak kata iya dan tidak juga kata tidak. Emak kata mahu bincang dulu.

Tiba-tiba, emak kata mahu terima. Budaknya baik.. kerjanya doktor di TUDM. Orangnya lawa. Keluarganya orang baik2 dan bukan senang zaman sekarang orang mahu datang merisik tanpa kenal terlebih dahulu. Emak kata itu tandanya mmg dia betul2 mahu...Emak kata lagi, entah2 itu la jodohnya, kalau ditolak, lambat lagi nak jumpa jodohnya tu.

Aku bagitahu emak yang aku sudah ada kawan. Emak tanya, 'Dia betul2 mahu kawin dengan engkau?'. Aku tak tahu sebab sebelum ini, mmg kami belum pernah merancang mahu tunang atau kawin lagi.

Bangun sahaja pagi, belum sempat bincang apa pun lagi,
Emak bagitahu, minggu depan makcik tu mahu datang hantar tanda... Aku rasa macam nak bergaduh je dengan emak gayanya. Mana taknya, belum bincang habis2, terus je bagi keputusan suruh datang hujung minggu . Aku tak puas hati. Aku geram. Aku marah smpai nangis. Bukan apa, aku dah bagitahu pada emak semalam, aku sudah ada kawan, tapi emak tetap juga mahu terima.

Malah, aku lebih marah dan lebih kecewa bilamana si dia bila aku telefon beritahu semua, dia seperti tidak mahu percaya. Masih juga menyuruh aku untuk terus bawa berbincang dengan emak. Sudah aku bwa bincang, tapi emak dan ayah tetap dengan keputusannya. Sudah tidak sempat. Aku mahu keluarganya datang juga sebelum keluarga mak cik datang ujung minggu nnti.

 Aku KECEWA bila dia dengan jawapan, 'tak boleh datang'. Aku menangis hingga bengkak2 mata. Hancur nya hati tuhan je yang tahu. Aku fikir mmg dia tidak serius mahu menjadikan aku isterinya selama kami berkawan. Sedih. Aku tak sangka dia ambil mudah hubungan kami. Sentiasa aku berdoa supaya dipermudahkan semua perkara.

Sehinggalah akhirnya, hati aku boleh pasrah dan redha walau dengan siapa pun aku akan dikahwinkan. Jodoh itu rahsia Allah. Jodoh itu Allah sudah tentukan dari aku dalam rahim emak lagi. Allah lah sebaik2 perancang dan aku percaya dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untukku.

Aku sudah tidak mahu semakkan fikiran lagi. Aku terima apa sahaja yang bakal terjadi. Aku sudah tidak marah, aku tidak nangis dan aku lebih tenang. Aku boleh fikir secara rasional. Aku sudah tidak sms/telefon si dia lagi. Walaupun berkali2 sms dihantar darinya. Aku sudah buat keputusan. Waktu tu, aku cuma fikir yang baik sahaja untuk diri aku sendiri. Siapa yang tidak mahu berkahwin dengan doktor. Gaji besar. hidup senang.


Si dia berkali2 telefon. entah kenapa kali ini aku jawab pggilannya. Cuba mahu dengar apa katanya..
Ya Allah, aku menangis lagi. Kali ini benar sedih. Si dia baru kebah dari demam. Dia juga sedih. Katanya, 'kenapa tak bagi saya peluang. Kenapa cepat sangat buat keputusan. Dalam 24 jam sahaja segala2 dah berubah. Katanya lagi, 'Emak saya kan kerja di Putrajaya. Balik cuma hujung minggu. Mana nak beli cincin lagi. Nak buat persiapan lagi'. Sebab tu saya kata tak boleh datang lagi. Tak sangka pulak awak terus buat keputusan macam tu'. Aku kelu tanpa jawapan sebab memang betul apa yang dicakapkan. Aku yang cepat sangat putus asa dan fikirkan yang bukan2 tanpa pertahankannya sedikit pun.
Aku pun pelik. Sewaktu dugaan yang macam2 dlu, boleh pulak aku percaya.

'Jari saiz ape?'
'Nak buat ape?'
'Nak beli cincin la?'
'Nak buat ape?'
'Nak kawin ke taknak?'
'Nak!'
'Dahtu, bagitahu la, apa saiznya'

Perasaan masa tu memang tak terkata. Tak sangka tiba-tiba perasaan yang sedih teramat bertukar menjadi gembira teramat sangat.
Aku pujuk emak. Macam-macam kata-kata yang keluar untuk bagi emak percaya. Aku tahu emak mesti bagi  sebab dah dua malam aku tak bercakap dengan emak, ayah dan adik2. Yang mereka nampak cuma mata aku yang bengkak.

Jawapan emak...'Tak apa...nanti pasal makcik tu , mak uruskan.. Mak bukan ape, cuma risau tengok engkau tu tak kahwin2 lagi. Tak berkawan. Jadi, bila dah ada orang yang datang merisik , kau taknak, mak marahlah. Tak apalah, kalau itu pilihan engkau, emak ikutkan. Kalau itu yang boleh buatkan kau gembira, emak ikutkan. Jodoh pertemuan bukan emak dan ayah yang tentukan. Kita cuma mampu merancang. Engkau gembira, kami pun gembira'


Akhirnya....
kami pun bertunang..
Hujung minggu itu juga keluarga suami datang merisik. Berbekalkan sebentuk cincin, aku telah ditanda / di'booked' la senang kata...

Di hari pertunangan 
Selepas setahun...
Kami pun berkahwin.... Alhamdulillah...


Setahun kemudian, dikurniakan seorang putera yang super comelnya
Muhammad Yusuff Asytar


Setahun kemudian...dikurniakan seorang lagi putera yang super hensemnya
Muhammad Adam Asytar

Ini kami berempat ye. Sorang lagi masih dalam perut... Hari raya pertama Muhammad Yusuff Asytar.. Hari raya pertama kami sebagai ayah dan mama. Tahun depan kami bergambar berempat lagi.. Opss!! berlima ?? Mana tahu rezeki.. Kita merancang, tuhan yang tentukan.. =)

Abang..
Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-2..
Terima kasih abang di atas segalanya...
Mama mohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukan. Sama-sama kita cuba perbaiki apa-apa sahaja kekurangan untuk tahun-tahun mendatang demi keharmonian rumahtangga kita. Demi anak-anak terutamanya.

Terima kasih abang kerana menjadi seorang ayah yang hebat untuk anak-anak kita..
Terima kasih abang kerana tidak menang tangan membantu  mama dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Terima kasih abang, kerana sentiasa bersama-sama dalam membesarkan anak-anak. Semoga kita menjadi mama dan ayah yang bakal dijadikan idola dalam kehidupan anak-anak kelak. Walau kita tidak bagus di mata orang, tapi kita akan tetap cuba untuk menjadi bagus di mata anak-anak kelak.
Terima kasih abang kerana selalu menunaikan kehendak dan keinginan mama, yusuff dan adam walau abang sendiri terpaksa bersusah2.
Terima kasih abang kerana menjadi seorang suami dan ayah yang sangat2 sabar dengan karenah kami semua.

Walaupun pelbagai rintangan dan halangan dihadapi, kita tetap utuh bersama.



P/s : Cerita aku macam cerekarama kan. Aku pernah cerita cerita aku ni kat kawan2 kat sekolah. Tapi diorang gelakkan aku. kata mereka, ada lagi rupanya orang orang datang minang mcam orang dulu2.Aku pun macam tak percaya mulanya. tapi itulah hakikatnya.

Satu lagi, masih respek dengan keluarga makcik tu smpi sekarang.. Walaupun mak ayah tolak, smpi sekarang dia masih baik dengan emak. Tiap kali datang beraya rumah makcik tu, dia mesti akan kata 'nilah dulu nyaris nak jadi anak sedara aku'... Waktu aku tunang, waktu aku kawin, dialah orang paling kuat yang banyak tolong emak ayah. Baik orangnya makcik tu.. Orang kalau beriman, hatinya bersih, cantik mmg takkan wujud perasaan dendam kan.. Doktor tu pun dah kahwin.. dengan doktor juga...setahun selepas kami kawin... Alhamdulillah.. Allah itu maha mengetahui mana yang buruk dan mana yang baik... =)

Akhir sekali, aku nanti, kalau anak2 aku dah berkawan, aku nak kawinkan aje cepat-cepat. Elak maksiat. Tak apelah aku dan suami keluar modal. Yang penting anak-anak tak terjebak. Panjang angan-angan aku. Tapi itulah angan-angan aku waktu yusuff masih sebulan umurnya. Moga Allah permudahkan.

Amin...















Monday, December 17, 2012

Yusuff

Waktu mama dlm pntang 44 hari, mama mmg xblh nk angkat2 yusuff nak.. Tu pun mama angkat jugak sebab rindu nk peluk kamu...mama lahirkan adik kamu secara pembedahan..Jadi, mama xblh angkat berat2.
Sejak bape minggu ni, yusuff da xmo dgn mama.. Sedih mama yusuff. Bukan sengaja mama xnak buat mcm dulu waktu sblm kamu ada adik..

Paling sebak.. tadi waktu kita sama sama pergi zoo bawa yusuff tgok binatang sebab bape minggu ni yusuff minat btul dgn binatang. Mama beria2 ajak ayah bawa yusuff ke zoo. mama sanggup tinggalkan adik sekejap  dgn tokwan sebab mama rasa nak luang sikit masa utk kamu... 

Awal2 perjalanan kamu ok je dgn mama. behave. baik sgt. xlama lpas tu, kamu da start aktif sgt. mama xbagi yusuff main kereta ayah sbb ayah bru tegur mama keretanya bru je dikemas. bila mama xbagi, yusuff marah.. nangis kuat2.. mama pujuk. kamu tak mau. kamu nak ayah yang tengah drive. Mama xbagi kamu ikut ayah, makin kuat kamu nangis. Last2, ayah terpaksa jugak ambil kamu. Drive sambil pegang kamu. Bahaya. Mama try tukar tempat dduk. mama duduk belakang. mama nak ambil kamu, kamu xmau jugak. xmau sgt2. Mama sedih sangat. tak pernah yusuff buat mama macam ni. Bila ayah ambil, yusuff diam terus gelak2. Mama tengokkan je dari belakang. Mama tak tau nak kata apa.. Kalau kereta ayah kereta auto, boleh juga mama tlg drive. At least , mama tak la sedih sangat.

Mama sedih. tapi sebab kita nak gembira2 kat zoo kan. takkan mama nak sedih2 je kan. Yusuff gembira kat zoo. Suka tengok semua binatang yang ada. Mama gembira tgok yusuff gembira. 

Balik dari zoo... mama dengan yusuff.. Yusuff ngantuk. Mama tidurkan yusuff atas pangku mama. Lama yusuff tido. Smpi rumah pun yusuff sambung tido lagi.. Sebak lagi ati mama bila dapat pangku yusuff tidur lama-lama. Gembira pun ada sebab yusuff dah mau mama...

tapi bila yusuff da bangun tidur, yusuff cari ayah. Yusuff melekat terus dengan ayah. Yusuff main dengan ayah. Yusuff tak cari mama dah. Mama tengokkan je dari jauh.. 
tak pa la nak kamu tak mau mama. Mungkin ada sebabnya kenapa. Mungkin Allah  nak uji mama dengan cara macam ni... lagipun, mama dengan adik adam kamu kan. sebab tu kamu cari ayah. Tak pa la sarah... pikir yang baik2 je. Berbaik sangka dengan Allah. Mungkin ada sebabnya tu kenapa...
Mama sentiasa doakan yusuff jadi anak yang soleh buat kami mama dan ayah. Cukuplah. 

Sedikit gambar yusuff di zoo tadi..













Tuesday, November 27, 2012

cukur rambut adam asytar

Hari 23 kelahiran
Adam asytar selepas dicukurkan...


Tuesday, November 13, 2012

kelahiran muhammad adam asytar

1 nov 2012
xd mud nk mengajar memandang budak2 da abis periksa. jdi, ambil kesempatan untuk siapkan semua keja sblm cuti sek bermula. sijil thn 6 siap, slip peksa siap, fail rekod mengajar siap, key in markah siap, skt pun siap...
siap je semua kerja terasa mcm nk buang air kck sgt2... dgn sng htinya pegi toilet... tgok2, ad titisan darh pd pad. alamak. msa tu da mula risau... huhu. tpi xjugak berapa nak risau sgt sbb xsakit lg kot..

blik sek, xbwa yusuff blik skali. tinggal dgn makuji sbb da jnji nk amik ptg. otw blik, perut mcm xbp nk best. tepon suami. dgr suara dia trus mcm nk sedih. suami kata dia ad miting akhir thun.. jd, tunggu suami blik la... lgpun xsakit lg..

ptg, lps suami blik, dia trus ajak ke klinik pakar wanita.. doc tu cek bukaan mmg lum buka lg. n doc kata keluar darah tu mungkin sbb melecet. huhu. jd, msa tu mmg tpikir lum nk bsalin lg. lgpun, btu 37 minggu... then, trus amik yusuff d bukit batu...

malam 1 nov
lpas tidokan yusuff dlm pukul 9, perut da mcm lain je. setengah jam skali dia sakit.. makin lama makin kerap. tunggu je smpi pukul 12 sakit makin bertmbh2. trus kejut suami n yusuff di,hantar ke ramun rumah nenek... suami terus bawa ke hospital... smpi je hospital, nurse cek bukaan rupanya da 3cm.huhu. masa tu sakit masih blh control lg...

2 nov 2012
pukul 2 pgi warded di wad srikamdi hospital kulai... tahan je lah sakit.. masa tu ad lg 2 3 org pun tgh sakit2 nk bsalin.mmg tak dapat nak lelapkan mata sepanjang malam tu.. mulut berzikir je apa yang boleh...
smpi la ke pagi lepas subuh, nurse nak cek bukaan..dah 4cm. kalau ikutkan dah boleh masuk labour room. Graf CTG baby pulak
   tak bape nak elok. then, sister pun refer ke doctor n kata aku pun tak ckup 145cm tinggi, jadi agak berisiko untuk nak bersalin kat hospital kulai. jadi sudahnya di hantar ke HSA JB...

2 nov 2012 8.00 pagi
Terus masuk ke labour room... selang 15min sakit nya datang..mmg xterkata sakitnya... doc laki pompuan tua muda gilir2 menjenguk n menyeluk.. bukaan masih juga 6cm.. tgh sakit2, ad plak doc cina tya itu n ini.. mmg xterjawab la jawabnya.. Sakit berterusan hingga ke pukul 11 lebih..
tiba2 sume mcm kecoh2 nak buat tu nak buat ni. disarungkan pulak dengan kain warna putih dan skaf kepala.. tgh sakit2 terus tanya nurse tu kenapa kena pakai semua ni. tiba-tiba mintak signature ibu  n suami..
suami msuk kejap ke labour room untuk tandangan.. Sedih..
at last, kena juga operation untuk keluarkan baby coz graf CTG baby dah tak bape nak elok. takut baby lemas..
First time in life di sorongkan ke dalam operation room . Kena bius separuh badan. rasa mcm cepat je proses operation tu berlaku. doc godeh2 perut , tak lama tu dengar bunyi baby nangis da... hehehe. alhmdulillah.. selamat anak dilahirkan pada jam 12.07 tgh hari.. waktu betul2 orng tengah sibuk2 nak pergi sembahyang jumaat...

Katdalam bilik operation, badan dah menggigil2 kesejukan.. kaki plak mmg tak rasa ape n confirm2 mmg tak leh bangun. nurse kata selepas 6 jam baru kesan bius tu hilang. aduh.. lamanya.. huhu..

2 nov 1.50 petang
keluar daripada operation room.. dengan en.suami ke wad kelas 3. huhu.. sgt stress ok kat wad tersebut sebab mmg tersangat padat n panas.. Bersabar je la tunggu wad kelas 1 kosong. Dlam pada nak tunggu ke wad yang lebih selesa, kesan bius tak hilang2 n asik muntah2 je. Haus minum.. lepas minum confirm muntah.. nasib ada suami tolong jaga baby kat sebelah. terima kasih suami.. anak pulak bila suami pergi setelkan GL dan lain2, pandai pulak dia tak apa-apa..tak nangis.. =)

2 nov 6.30 petang
Di pindahkan ke wad kelas bersalin kelas satu. alhamdulillah.. lebih selesa...

& bermula lah episod baru kehidupan keluarga kami dengan bertambahnya seorang lagi hero...
Aku bahagia dengan keluarga yang dimiliki sekarang..
Bersyukur kepadamu Ya Allah atas rezeki yang engkau berikan...

 
Wajah-wajah kesayangan kami
Muhammad Adam Asytar bin Mohd Syafiq

 Beberapa jam selepas dilahirkan.... Selamat hari lahir anakku...

Hari kedua dilahirkan...

Hari ke-6 dilahirkan...





Setahun sebulan...
Budak busuk yusuff baru pandai jalan. 
asik nak jalannnn.. je.. 
tak nak duduk diam2x..


hari 10

tali pusat muhammad adam asytar tanggal hari ni hari ke sepuluh kelahirannya ke dunia. lewat bapa hari dari abangnya dulu. alha,dulillah, da hari ke 10, dia xd tunjukkan tanda2 demam kuning..

abang yusuff asik merengek je 2 3 arini. mgkin sebab demam semalam tu yg nangis je. nasib ad ayah, nenek n atok yg byk membantu..

anak2 mama... jgn nakal2 ye. mama syg both of you.

Selamat Hari Lahir puteraku..

2 nov 2012
bersamaan 17 zulhijjah
hari jumaat
lahirlah putera kedua kami
muhammad adam asytar bin mohd syafiq
semoga kelahiran kamu membuka lebih lagi pintu rezeki buat kami sekeluarga
jadi anak yg soleh ya nak...
jadi anak yg menjadi kebanggaan keluarga...
Mama, ayah & abang sayang adam..
=)


Saturday, June 9, 2012

Cukur rambut


Disebabkn rambut da bergulung, yusuff terpaksa dicukurkn.. he.
senang.


Gelagat yusuff waktu dicukurkn..


    
                 

Tuesday, May 8, 2012

Sunday, April 1, 2012

Dugaan

29 - 30 march.. 
khamis & jumaat
Yusuff warded
Acute Bronchitis..
Kesian Yusuf.. tido tak lena. merengek je. susu pun tak bape nak...
Batuk smpai merah-merah muka..
tiap kali sedut gas ibu rasa mcm tak sampai ati nak buat.. tapi apakandaya nak sihat kan..
Satu hari satu malam Yusuf di wad sri kencana, kulai..
Alhamdulillah.. staff nya pun semua baik2 walaupun yusuff asikkan cabut drip water kat kaki n tangan dia jer..
alhamdulillah.. jumaat tengahari Yusuff dah boleh keluar wad coz doc kata paru-paru dia da tak bunyi2 lagi..
apetaknnya, he's so active since the night before discharge.
walaubagaimanapun, batuk yusuff masih ada lagi.. tapi berkurangan daripada hari sebelum tu..
Mudahan Yusuff cepat baik seperti sediakala ye..
Amin..

Saturday, March 10, 2012

Bronchitis

8/3/2012
Friday
Yusuff been so weak this morning. Found out after Ibu finished Subuh. Yusuff refused to wake up and at last he woke up at about 9am. He sneezing and coughing too much and even worse, he's breathing hardly followed by a sound like an asthma person. 
Ayah already at school. it was only ibu, makti and Yusuff left at home. Nenek and Atok already at Mekah doing their Umrah. So, ibu myself have to bring Yusuff to 'Pakar Kanak-kanak Hong' to make sure that Yusuff ok..Forgot, together with makti (fortunately makti doesn't make any problem and so behave)

At the clinic, Yusuff was given medicine named 'salbutamol' through the nebuliser. 
this is the things that make yusuff cried continuously. 
this salbutamol nebuliser can help yusuff breath easily.


Then, dr Hong said within 2 days, if his condition remain the same or even worse, he have to be referred to Hospital because he need to treat with the nebuliser for every 6hours. 

Alhamdulillah, that evening, Yusuff looked so active as usual. But he still coughing and sneezing.
Hopefully everything will be back to normal. i miss my Yusuff.. I love u Sayang. 




Monday, March 5, 2012

Rumah

Beli rumah tu macam cari jodoh...
Tak boleh terburu-buru untuk dapatkan yang sesuai....
Kadang-kadang kita jumpa rumah yang kita suka, tapi tak de rezeki nak miliki rumah tersebut.. 
Kadang-kadang bila kita tak suka pulak rumah tu, ada pulak orang nak jual kat kita...

Dah 3 minggu house hunting, tapi tak jugak jumpa yang sesuai & menepati kehendak. 
 Kadang-kadang, isterinya suka rumah tu, suaminya pulak tak suka.. Kadang-kadang, sebaliknya...

Suaminya, nak rumah yang setingkat, rumah yang murah (100k - 120k), & tengah-tengah antara sekolah isteri n sekolah suami..
Isterinya pulak tak kesah rumah setingkat ke dua tingkat ke... Yang penting selesa...
Masalah skang ni, rumah setingkat semua mahal. Tanah besar, besarlah harganya.. Then, suami nak wat rumah kat Muar.. tapi bukan dalam masa terdekat.. Lama lagi... Jadi tu yang kami ingat nak beli rumah yang murah-murah dlu buat masa ni...masalahnya skang ni. . bila tgok rumah murah, jadi mcm tak berkenan.. bila berkenan, harganya pulak mcm sgt la tak sepadan dengan pendapatan... Jadi.. skang ni tengah pening...

Apa yang kami leh buat skang ni, cuma berdoa mudahan dipertemukan  jodoh kami dengan rumah yang betul pada masa yang betul...sambil-sambil mencari-cari juga mana-mana rumah yang sesuai.. Jadi pada sapa-sapa yang nak jual rumah tu, boleh la try2 promote kat kami.. Mana tau kami berkenan nak beli ke...Lau boleh kawasan-kawasan kulai je...



Friday, February 24, 2012

Aktiviti tahun 6 upm

Berkongsi sedikit aktiviti murid-murid tahun 6 pada 2 minggu yang lalu..

Tujuan experimen : Untuk menyiasat persaingan antara tumbuhan dalam mendapatkan cahaya, air, nutrien & ruang
Nampaknya mereka lebih faham topik yang dah dipelajari selepas mereka sendiri yang lakukan aktiviti tersebut. Cikgu nya lega, sebab bila tanya soalan je, mereka boleh jawab.. Terbalik kan soalan pun, mereka masih boleh jawab..
Mudahan mereka sentiasa dibukakan pintu hati untuk terus terang hati untuk menerima segala apa yang dipelajari di sekolah...















Kursus Dalaman Amalan Kreativiti dalam P&P

KURSUS DALAMAN 
'AMALAN KREATIVITI DALAM P&P' 
SK LKTP BUKIT BATU, KULAI, JOHOR

Sepatutnya kursus ni dah selesai dilaksanakan pada tahun lepas.. tapi disebabkan keadaan diri yang mengandung & berpantang pada tahun lepas, tak dapat la nak setelkan.. 
Last2, JPN da datang pantau... in house pasal amalan kreatitiviti dlm p&p tak setel lagi.. Nasib baik mereka faham keadaan diri..Jadi, kena cepat laksanakan . 

Jadi, dengan penuh rasa semangat kursus tu pun telah berjaya dilaksanakan semalam.. Alhamdulillah.. Terima kasih pada semua rakan seperjuangan kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik... 

Sedikit gambaran kursus pada hari semalam....

Barisan guru lelaki yang menghadiri in house....

Barisan guru perempuan...

Baru memulakan pembentangan...

Sedang menerangkan tentang model pembelajaran...

Sesi soal jawab...

Sedang menerangkan tentang cara penyediaan RPH yang betul menggunakan  amalan kreativiti

Alhamdulillah.. segalanya telah pun selesai. Semoga warga SKBB akan lebih semangat dalam menjalankan P&P masing-masing pada masa akan datang dengan harapan dapat menghasilkan murid-murid yang penuh dengan idea yang kreatif..
Sekian..


pandai mamam.

Alhamdulillah. Hari ni hari pertama kali Yusuff mamam. Ibu buat nasi blend dengan sayur kacang.. 5 min pertama tu, Yusuff tak nak mamam. Asek buat muka je. Mungkin dia rasa lain kot daripada biasa..Taj tiba2, tak lama pas tu, terus gembira dapat makan. Suap je terus nganga . Pandai anak ibu.. Esok ibu buat lagi ya. Menu sedap sikit la kot. hehe
Tak sempat amik gambar dia tgh mamam. Esok la. Ni dia dah kenyang lena betul dia tidor malam ni.. Alhamdulillah.. Mudahan Allah Ta'ala sentiasa pelihara anak ibu dari sebarang kesulitan... 
Amin...

Thursday, February 16, 2012

Demam


Yusuff kena injection untuk 5 bulan semalam...

Malam nya terus panas badan nya..

Cepat baik ya sayang..

Gambar di ambil subuh tadi.. Cian anak ibu

Saturday, February 11, 2012

Love


Nothing to say...
Just wanna post a very cute my sweet lil darling son..
Love you so much dear..
Alhmdulillah, he's fully recover from eyes infection for almost 2 weeks..

Little Yusuff.. =)

Yusuff & Ayam

Da 2 minggu Yusuff tak balik kampung atok & nenek bukit ramun.. 
Minggu ni baru dapat balik..
Yusuff nangis mula2 tengok atok. . Dah lama tak balik, tu dia mcm kenal tak kenal je. hehe
Tapi dah lama-lama, jadi mesra pula ngan atoknya.
Petang, atok bawa Yusuff jalan-jalan keliling rumah tgok ayam atok yang banyak belakang rumah.. 
Tekun dia tgok gelagat ayam. hehe.
Mana taknya, rumah ibu n ayah kat kulai takdak kawasan nak jalan-jalan nak tgok pokok2, nak tgok ayam2. hehe
jdi, bila dapat peluang, gembira betul dia...

Khusyuk tgok mak ayam n anak2nya...

Fokus2. 
Cepat2 pandai ya sayang.. Ibu ayah syg Yusuff byk2. Muah.


Monday, January 23, 2012

Sejuk Ati

Sejuk hati ibu tgok gambar ni..
Mudah2an Yusuff besar menjadi seorang yang soleh ya sayang..
Ibu syg Yusuff byk2..

Sedang khusyuk membaca surah Yaasin bersama ayahnya..

Termenung dengar bacaan surah yaasin ayahnya..

Yusuff sakit mata..

Da dua hari Yusuff sakit mata..
cirit birit..
badannya pun ada panas2 sikit..
suhu sekitar 37.0-37.6 

Mak kata takpa...
budak2 memang gitu..
sakit nak upah..
nnti dah baik sakitnya adalah mcm2 yang dia pandai..

Yusuff ibu..
cepat-cepat sembuh ya..
2 hari ni yusuff tak ceria je...
ibu doakan yusuff cepat baik..
biarla ibu yang amik sakit yusuff tu..

Mata kiri dah bengkak...


With his pakngah.. Muka tak ceria sgt.. huhu