CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, February 24, 2012

Aktiviti tahun 6 upm

Berkongsi sedikit aktiviti murid-murid tahun 6 pada 2 minggu yang lalu..

Tujuan experimen : Untuk menyiasat persaingan antara tumbuhan dalam mendapatkan cahaya, air, nutrien & ruang
Nampaknya mereka lebih faham topik yang dah dipelajari selepas mereka sendiri yang lakukan aktiviti tersebut. Cikgu nya lega, sebab bila tanya soalan je, mereka boleh jawab.. Terbalik kan soalan pun, mereka masih boleh jawab..
Mudahan mereka sentiasa dibukakan pintu hati untuk terus terang hati untuk menerima segala apa yang dipelajari di sekolah...















Kursus Dalaman Amalan Kreativiti dalam P&P

KURSUS DALAMAN 
'AMALAN KREATIVITI DALAM P&P' 
SK LKTP BUKIT BATU, KULAI, JOHOR

Sepatutnya kursus ni dah selesai dilaksanakan pada tahun lepas.. tapi disebabkan keadaan diri yang mengandung & berpantang pada tahun lepas, tak dapat la nak setelkan.. 
Last2, JPN da datang pantau... in house pasal amalan kreatitiviti dlm p&p tak setel lagi.. Nasib baik mereka faham keadaan diri..Jadi, kena cepat laksanakan . 

Jadi, dengan penuh rasa semangat kursus tu pun telah berjaya dilaksanakan semalam.. Alhamdulillah.. Terima kasih pada semua rakan seperjuangan kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik... 

Sedikit gambaran kursus pada hari semalam....

Barisan guru lelaki yang menghadiri in house....

Barisan guru perempuan...

Baru memulakan pembentangan...

Sedang menerangkan tentang model pembelajaran...

Sesi soal jawab...

Sedang menerangkan tentang cara penyediaan RPH yang betul menggunakan  amalan kreativiti

Alhamdulillah.. segalanya telah pun selesai. Semoga warga SKBB akan lebih semangat dalam menjalankan P&P masing-masing pada masa akan datang dengan harapan dapat menghasilkan murid-murid yang penuh dengan idea yang kreatif..
Sekian..


pandai mamam.

Alhamdulillah. Hari ni hari pertama kali Yusuff mamam. Ibu buat nasi blend dengan sayur kacang.. 5 min pertama tu, Yusuff tak nak mamam. Asek buat muka je. Mungkin dia rasa lain kot daripada biasa..Taj tiba2, tak lama pas tu, terus gembira dapat makan. Suap je terus nganga . Pandai anak ibu.. Esok ibu buat lagi ya. Menu sedap sikit la kot. hehe
Tak sempat amik gambar dia tgh mamam. Esok la. Ni dia dah kenyang lena betul dia tidor malam ni.. Alhamdulillah.. Mudahan Allah Ta'ala sentiasa pelihara anak ibu dari sebarang kesulitan... 
Amin...

Thursday, February 16, 2012

Demam


Yusuff kena injection untuk 5 bulan semalam...

Malam nya terus panas badan nya..

Cepat baik ya sayang..

Gambar di ambil subuh tadi.. Cian anak ibu

Saturday, February 11, 2012

Love


Nothing to say...
Just wanna post a very cute my sweet lil darling son..
Love you so much dear..
Alhmdulillah, he's fully recover from eyes infection for almost 2 weeks..

Little Yusuff.. =)

Yusuff & Ayam

Da 2 minggu Yusuff tak balik kampung atok & nenek bukit ramun.. 
Minggu ni baru dapat balik..
Yusuff nangis mula2 tengok atok. . Dah lama tak balik, tu dia mcm kenal tak kenal je. hehe
Tapi dah lama-lama, jadi mesra pula ngan atoknya.
Petang, atok bawa Yusuff jalan-jalan keliling rumah tgok ayam atok yang banyak belakang rumah.. 
Tekun dia tgok gelagat ayam. hehe.
Mana taknya, rumah ibu n ayah kat kulai takdak kawasan nak jalan-jalan nak tgok pokok2, nak tgok ayam2. hehe
jdi, bila dapat peluang, gembira betul dia...

Khusyuk tgok mak ayam n anak2nya...

Fokus2. 
Cepat2 pandai ya sayang.. Ibu ayah syg Yusuff byk2. Muah.