CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, February 4, 2011

Cubit Peha Kiri Peha Kanan Pun Terasa...

Begitulah kehidupan...

Mulanya seakan tidak percaya...

Tetapi itulah hakikatnya...

Mulanya terasa seperti agak lucu melihat keadaan suami yang loya2 & muntah dlm beberapa minggu sebelum disahkan hamil 4 minggu..

Tidak pernah menyangka suami loya2 & muntah2 adalah disebabkan oleh pembawakan. Malah menyangka suami keracunan makanan. Mana tidaknya, sejam/2jam sebelum tu, suami makan 'sambal udang' dengan banyaknya & mmg nampak dia makan dengan sangat selera.. tapi tiba2 malam tu muntah2..ingatkan mmg keracunan makanan.. semenjak hari tersebut , rumah tidak pernah dipenuhi lagi dengan makanan yang sedap2. huhu. menu utama selama dkt hampir seminggu ialah: 'bubur nasi'

1 minggu selepas itu, saya pulak yang muntah waktu pagi..
Ptg hari yang sama itu jgak, en. suami ajak beli urine pregnancy test kit.... kena paksa..
sebab en.suami kata,
at least dia tau...
bahawa tidak sia2 dia loya2 n muntah2 dekat hampir 1 minggu lebih...
dengan harapan ia akan membawa berita gembira kepada kami berdua.
dan
akhirnya...

=)



red double line itu betul2 membawa berita gembira buat kami berdua dan juga buat keluarga.... en.suami senyum simpul smpi ke telinga... 2hari selepas itu baru kami ke klinik berdekatan utk buat confirmation....

so, moral of the story , tak pa en.suami rasa loya.... kan sharing is caring.. biarlah dia dlu yang rasa keloyaan tersebut.. at least dia tau betapa tak bestnya 'rasa' tersebut.... & betapa moody nya perasaan bile diselubungi dengan 'rasa' tersebut.
=)


Saturday, January 29, 2011

alhmdulillah...

Alhmdulillah...

Syukur nikmat...

Kepada Tuhan yang telah memberi rahmat dan rezeki ke atas kami....

Kami tidak menolak atas apa jua rezeki yang telah Allah kurniakan...

Moga dengan limpahan rezeki ini, akan bertambah bahagia dan erat lagi kasih sayang antara kami suami dan isteri...

Ya Allah...

Kurniakanlah aku kekuatan dan keazaman yang tinggi dalam menempuhi tempoh sepanjang 9bulan 10hari lagi dan sehingga kelahiran itu nnti...

Amin ya rabbal alamin....
=)


Sunday, January 9, 2011

Solemnization....

Pada suatu pagi Sabtu...
18hb Disember 2010...




Pengantin lelaki telah bersiap2 dengan kacaknya di masjid sebelum ke rumah pengantin perempuan...
Saat penuh debaran ni agaknya...
;)




Pengantin perempuan tersenyum menanti di kamar pengantin dengan penuh kesabaran...
Debaran juga semakin dirasai sewaktu ini...
=)


Ketibaan rombongan pengantin lelaki yang ditunggu2...

.

Pengantin lelaki sebelum diakadnikahkan....


Kami..

In white....

Dengan sekali lafaz sahaja oleh sang suami...

Bermaskahwinkan Rm22.50 & seutas gelas emas....

Saya ...
Siti Sarah binti Ahmad....

Sudah pun sah menjadi sang isteri kepada Mohd Syafiq bin Saman...



Sedang mendengar bacaan takliq oleh sang suami...



Bacaan taklik oleh saya kepada suami....



Sesi batal air sembahyang....



Maskahwin...



Saya Sayang Kamu..
Terima Kasih Suami...



Happy moment....=)



Suami sedang berusaha memakaikan gelang . ;)
tak praktis pakai sebelum ni...
nsb baik boleh akhirnya..
;)

Thursday, December 23, 2010



My first entri as a wife...

segalanya dah pun selesai...

baru ni ada masa nak menulis semula...
itupun sebab hubby balik muar untuk selesaikan & tgok ape2 yg patut utk majlis ari sabtu ini... saya kena tinggal kejap..
coz ikut adatnya, pengantin pompuan takleh dtg sana dlu..
tak dikira menyambut menantu dah nanti.. hehe..


perasaan mmg sgt berbeza setelah menjadi isteri...
tanggungjawab sudah mesti dilaksanakan...
memasak...:buatkek:

:jemurtilam: mengemas......

:cucirumah: membersih....


membasuh.... :sidaibaju:


menjahit....:jahitbaju:


memvacum..:vacuum:

& mcm2 mem' lagi la....
kena ikhlas dalam melakukan setiap perkara2 tersebut ok...=)

Alhmdulillah...
setakat ini mempunyai seorang suami yang sangat baik dlm byk perkara....:girl_4:
Baik dari segi rohani & juga jasmani....
saya sangat bersyukur mendapat seorang suami seperti kamu ....
Harapan saya,
moga2,
mahligai bahagia yang baru kita bina ini
akan sentiasa disulami dengan kasih sayang dan rasa cinta yang maha hebat...
disinari dengan cahaya keimanan yang teguh buat kita berdua2....






Monday, December 13, 2010


Sy Sedang Gembira Hati..


:drive:
Jom.nak kuar pi carik brg cikit.

:wink:Babai dlu. Muah2x. ;)

Mimpi

2 hari lepas..

Termimpikan kucing kaler peach lagi. haha .
Ada ke kucing kaler peach ek?

Tak kesah la kan kaler ape pun.

So, baru jap tadi saje2 la nak tgok kat tafsiran mimpi @kamus mimpi.

Bukan kata nak percaya sgt.. tapi saja suke2. mimpi kan mainan tido. =)

Ni dia tafsiran dari tafsiran kamus mimpi tu: ;)

Kucing =
"Jika anda bermimpikan didatangi byk kucing, bertanda akan ada kebajikan dari orang . Atau bermimpi melihat anak kucing bersirat baik sekali iaitu kehidupan rumahtangga yang sempurna..."

Anak Kucing =
"Jika bermimpi bersenda gurau / bermain2 dengan anak kucing, alamat soal kehidupan dan ekonomi akan senang..
Jika bermimpi melihat kucing sedang tidur, alamat ketenteraman rumahtangga akan tercapai.."


Lepas je tgok tafsiran mimpi tu, gembira betul rasanya.. sebab takde pun tafsir yang buruk2.
hak hak.
tadi kata tak pecaya sgt ek. tiba2 leh gembira pulak kan..

bila ingat balik lately mmg ramai jiran2 & makcik2 yang datang rumah bagi beras, gula, minyak, telur, kerepek n mcm2 utk kegunaan kenduri nnti..
so, btulla agaknya 'akan datang kebajikan dari orang'
=)

Part tafsiran kehidupan rumahtangga yang sempurna & tenteram tu..
Mudah2an...
Mcm tau2 je aku ni nak tawen2. sesuai betul.. haha.

Apepun, percaya or tak tentang tafsiran tu, letak tepi dlu..
Yang penting...
Rezeki, jodoh, ajal dan perjalanan hidup kita semuanya rahasia kan...
Takde sape pun buleh tafsir n teka...
Takde sape yang tau melainkan yang DIA yang Maha Esa...

Yang kita ada...
Hanyalah Doa & Usaha...
Mudahan semua yang kita lakukan dalam dunia pinjaman ini sentiasa dipermudahkan & diberkati.....



Hai, nama saya Olen. ;)


Sunday, December 12, 2010

alahai..

alahai saudaraku...
jauh2 datang sebab ingatkan kenduri hari ni.....
sapa la yang wat cerita bohong ni..
kesian sedara2 aku tu. huhu
nak kena ni sapa2 yang wat berita palsu tv9 nih. hu
ape2pun, mekasih sdara2 ku sebab sudi dtg wlupun jauh..

apa2pun,
kawan2ku sekalian...
jgn salah tarikh ek..
majlis perkahwinan saya ialah pada
18disember2010...
bersamaan hari sabtu
12 muharam 1432H
Jemput dtg ye kawan2 n sedara2 ku..
=).
jgn salah tarikh tau...

salam..