CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, December 18, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan, Sayang..

18 Disember tahun lalu..
Ayg terima nikah abang dengan maskahwin RM22.50 & seutas gelang emas...
18 Disember tahun ini..
Genaplah usia perkahwinan kita 1 tahun...
Pantas sungguh masa berlalu..
Dalam setahun ini..
Pelbagai dugaan , cabaran, suka dan duka kita hadapi bersama..
Yang paling bermakna
Dalam setahun ini,
Kita dianugerahkan anugerah paling indah & bermakna dari Allah SWT 
Muhammad Yusuff Asytar..
Hidup kita lebih gembira dengan kehadiran si kecil Yusuff
Lebih-lebih lagi abang..
Riak wajah gembira abang lebih terlihat setiap hari setiap kali abang memeluk Yusuff kesayangan kita...
Abang tidak pernah segembira ini sebelum kedatangan si manja kita..
Alhamdulillah.. 
Ayang bersyukur kerana ayang telah selamat melahirkan anak kita yang menambahkan lagi rasa bahagia dalam hidup abang..
=)

Abang,
Terima kasih dari ayang tidak terhingga
Kerana terlalu sabar dalam melayani karenah ayang yang sukar diramal..
Kerana menjadi isteri yang selalu berfikiran yang bukan-bukan
Lebih lagi waktu ayang mengandung selama 38 minggu itu.. 
Terima kasih abang 
Kerana sanggup menunaikan apa sahaja permintaan yang diminta walaupun kadangkala abang terpaksa berhabis duit, berhabis masa & berhabis tenaga..

Abang,
Ayang minta ampun dan maaf di atas segala dosa & kesilapan yang pernah ayang lakukan
Ayang minta ampun & maaf di atas kedegilan ayang & 
Ayang tahu masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari untuk menjadi isteri solehah buat abang dan ibu yang cemerlang buat Yusuff
Ayang janji akan cuba menjadi yang terbaik buat lelaki-lelaki kesayangan ayang, abang & yusuff

Abang, 
Selama setahun hidup bersama abang..
Perkara-perkara paling ayang suka tentang abang...
  • Bila kali pertama abang dengan lembut menyentuh tangan dan mencium dahi selepas Akad
  • Bila abang bisa membuat ayang tersenyum bahagia
  • Bila abang melemparkan kata-kata dengan sgt lembut tika abang meminta maaf ats kesilapan yang dilakukan
  • Bila abang dengan lembut menyapu air mata setiap kali air mata ini mengalir
  • Bila abang memeluk dan mencium ayang setiap kali bangun pagi
  • Bila abang menjadi imam setiap kali kita solat yang 5
  • Bila abang menjadi imam setiap kita solat di malam-malam bulan ramadhan
  • Bila abang marah tapi penuh dengan kata nasihat yang bisa melembutkan hati yang degil ini
  • Bila kali  pertama abang memegang Yusuff dalam dakapan..
  • Bila kali pertama abang mengazan dan mengiqamahkan Yusuff
  • Bila abang tidak selalu mengucapkan sayang dengan kata-kata, tapi sebaliknya dengan menunjukkan kasih sayang itu dalam setiap perbuatan abang..
  • Bila abang menyayangi kami dengan sepenuh hati abang
  • Bila ayang menyayangi abang dengan sepenuh hati ayang..
Abang,
Azam ayang untuk tahun ini dan tahun-tahun yang mendatang...

  • Mahu jadi isteri solehah buat abang
  • Tak mahu moody tak tentu pasal then termarah.. huu
  • Tak mahu cakap kuat-kuat lagi kat abang
  • Tak mahu degil-degil lagi
  • Tak mahu fikir yang bukan-bukan lagi
  • Mahu belajar masak yang sedap-sedap supaya akan ada lagi fav dishes yang abang akan suka selain ayam goreng berempah ayang tu.. hehe
  • Mahu kuruskan badan agar menjadi slim seperti dahulu..

  • Mahu jadi ibu yang baik buat Yusuff
  • Mahu didik Yusuff sebaiknya agar dia menjadi seorang anak yang hormat pada orang tua, yang tidak memandang kekayaan sebagai tujuan hidup tetapi mahu kaya dalam budi bahasanya, kaya imannya dan  kaya ilmu agamanya...
  • Namun, ibu mahu ayah sama-sama bantu ibu untuk didik anak kita agar menjadi insan yang berguna suatu hari nnti...
Selamat Ulang tahun Pertama Abang... 
Anggaplah karangan di blog  ini sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan buat abang.. 


Hanya ini yang ayg mampu sebagai tanda kasih sayang buat abang...
Semoga kasih sayang ini akan menebal setiap hari..
Semoga rumahtangga yang kita bina ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT..

No comments: