Kalut juga keluar rumah gi keja ari ni..
Sebelum ni , urus diri sendiri
Biasanya, amik kunci kete, beg sekolah, handbag, kunci rumah...
Sekarang, amik kunci keta, beg sekolah, handbag, beg baju yusuff, bakul kelengkapan susu, amik yusuff masuk lam kete,then baru leh kunci rumah.
Lambat jugak la smpai sekolah. Nasib baik meeting tak start lagi.. Sebenarnya, ibu nya yang lambat-lambat. Kalau tak, tak la kalut jugak.
First day Yusuff dok dalam carseat betul-betul senyap dia menghayati keindahan suasana pagi. cewah. Cuma dalam 15 min nak smpi rumah pengasuh, dah dekat 4 kali dia menguap. Nak tido lagi gaknya. Ape taknya, kul 5 lebih dah bangun tak nak tido lagi dah. Tapi tak nangis kira ok la..Alhmdulillah. Sgt comel ok tgok dia dok dalam tu. hehe. Geram.. Mcm tak konsentrate je pemanduan sebab asek dok tgok dia jek. heehe
Smpai umah pengasuh, Yusuff baik je. . Sebab dah lambat, cium dia cikit terus gi.. Sedih pulak. huhu..
Dalam bilik mesyuarat asyik terpikir2 camanalah si Yusuff ngan akak tu..Mudahan la dia dapat handle si Yusuff tu sebab dia mmg penangis sikit orangnya. Tak de pape pun, dia leh nangis dgn sgt kuat.. Naluri hati ibu mmg kuat la kot sebab tiba2 dalam pukul 2 lebih tu, akak tu tepon...'cikgu, Yusuff nangis sangat ni..cikgu meeting smpai pukul bape ye'.. huhu. terus tak senang duduk dibuatnya.. meeting lak lame arini..tak tau nak jawab ape..kata je jela, 'tak lama lagi kot , insy...'
Tunggu punya tunggu meeting mmg lame tak de tanda-tanda nak ditangguhkan .. Terus tepon balik akak 2.. Alhmdulillah.. da tak nangis..tengah minum susu..
=)
Dalam pukul 2.30ptg, meeting pun habis... Terus berdesup ambik Yusuff.. Baik plak dia leh jerit2 ngan anak2 akak pengasuh. hehe. Mudahan lepas ni dia serasi dengan mereka...
Bila mereka serasi, mereka pun gembira nak jaga Yusuff kan.. then, Yusuff pun gembira berada di samping orang-orang yang gembira menjaga dia...
No comments:
Post a Comment