CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, December 9, 2011

Yusuff's Hernia Operation (Kesah Semasa Kejadian)

Pada hari kejadian, 
Pukul 4.30 pagi, 
Yusuff da bangun nangis2 mintak susu.. itu adalah susu akhir untuk dia pada pagi tersebut kerana yusuff terpaksa dipuasakan sehingga operation nnti.. 

Then, kami bersiap-siap lepas subuh ... pukul 6.30pagi kami dah bergerak ke hospital.. Yusuff pun baik je dia tidur tak bangun2.. 
Smpi di pakar puteri dalam pukul 7.15pg then terus ke Emergency.. Husband gi bayar deposite sementara ibu & yusuff dibawa ke paediatric wad sebelum Dr.lai datang check untuk operation.
Dalam wad , ada 3 lagi budak-budak nak kena operate hari ni. . Sorang 5 thn operation untuk betulkan bibir and lagi 2 orang  twin umur 9tahun operation untuk sunat. hehe.

Lepas Dr.lai check keadaan Yusuff, nurse pun panggil suh siap-siap masuk dewan bedah...bawak baju n apa-apa kelengkapan yang sepatutnya.. huhu. berdebar-debar waktu ni.. Yusuff selamba je dia tido tak bangun2..

Sebelum masuk dewan bedah, nurse tu suh tandangan lak untuk bagi kebenaran untuk bius si Yusuff. Sedih pulak waktu ni.. then, dia bagi baju sterile untuk masuk dalam dewan bedah tu. huhu..

Sedang bersiap-siap untuk masuk dewan bedah 

Bila dah masuk dewan bedah, tengok senarai operation yang akan dilakukan pada hari tersebut... ada dalam 27 pembedahan hari tu. Nama Yusuff nama yang kedua & dia yang paling muda akan di operate.. 2bulan... 

Tak lama lepas tu, pakar bius panggil untuk masuk dalam bilik bedah..Rupanya doc bagi Yusuff operation yang paling awal. Alhmdulillah.. lagipun Yusuff puasakan. Jadi, tak sampai hati nak bagi dia puasa lama-lama.
 Yusuff dah start bangun bila dia sedar nurse buat macam-macam kat dia.. 
8.45pagi, pakar bius start bagi ubat bius melalui pernafasan.. Kesian dia menangis dengan sgt kuat then makin lama makin slow tangisannya dan terus tertidur.. 
Pakar bius tu terus suruh ibunya keluar sebab Dr.Lai da mula nak operate Yusuff. Tak boleh tgok keadaan operation camana. Sebelum keluar, ibu cium Yusuff dulu banyak - banyak disertakan dengan doa mudahan semuanya dipermudahkan...

Ibu & ayah tunggu di luar bilik bedah.. Setengah jam lepas tu,dalam pukul 9.15pgi, Dr.Lai pun keluar panggil nama Muhammad Yusuff. Berderau darah masa tu.. Dr.Lai kata semuanya selamat. Lubang pada otot tu besar kata Dr. Kena tunggu Yusuff betul-betul sedar baru dia boleh keluar dari balik bedah n pindah ke wad kanak-kanak.

Alhamdulillah.. akhirnya jam 10 pagi , nurse panggil. Masa tu dah dengar Yusuff menangis.. Hanya ucapan Alhmdulillah yang dapat diluahkan bila dpt dakap Muhammad Yusuff Asytar...



Wajah-wajah Yusuff sepanjang berada di wad....
Selepas keluar dari Bilik Bedah...

Muka bahagia.. tapi belum 100% sedar lagi...

Ibu cayanggggg Yusuff... Masih juga belum sedar...

Dah hampir sedar.. Nurse bagi ubat demam or tahan sakit...

Yeay!! Yusuff dah pun sedar...
 Nampak tak bekas operation  tu... =). Kecil je...

Yusuff kena tahan satu hari di wad...
Kesian ayah... Letih betul.. n takda tmpat nak titon.. Ibu kongsi katil ngan Yusuff... Ayah terpaksa titon kat kerusi...


Seharian ayah di wad... 

Dah sakit pinggang, tukar plak posisi tidur.. hehehe

Yusuff sedang lena dibuai mimpi 

Ibu tak boleh tidur.. layan tv citer toy story...

Ibu baru nak tidur, tibe-tibe yusuff pun bangun pukul 3 pagi...
ajak sembang.. he

Gud Moning... Saya dah bangun pagi-pagi..

Muka monyok pagi-pagi...

Boring ye.. tunggu Dr.lai check bila leh balik ni...

Yeay!! ibu gembira.. kita dah boleh balik....=)


Jam 8.00 pagi, Dr.lai, check luka bekas pembedahan & Yusuff dah boleh balik hari ni...
Alhamdulilah, jam 10 pagi segalanya pun selesai dengan selamat..
 Yusuff dah boleh balik..
Kami terus balik ke Bukit Ramun.. Rumah Atok & Nenek...


No comments: