CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Kesah CHenta..

Daisypath Anniversary tickers

The Apples of Our Eyes

Lilypie Second Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday, December 22, 2011

Jom Cuci Gigi

Dah lame sebenarnya tak scaling gigi.
Dulu masa zaman universiti rajin betul 6bulan sekali gi cek gigi kat klinik kesihatan universiti..
Sebab murah. hehe. Bayar singgit je dah dapat gigi yang cantik & menawan. 

Sebenarnya niat nak scaling gigi dah lama dah nak buat sejak pregnant dulu. 
Tapi tah tak terbuat-buat. 
Jadi, malam semalam bila perasan gigi dah macam tak berapa nak bersinar-sinar, terus rasa nak gi scalling gigi .
Kebetulan skang ni tgh bercuti rumah mertua, ada klinik gigi yg sgt dekat ngan umah mertua
Jadi, pagi tu lepas mandi2kan si Yusuff, tinggalkan dia jap ngan mak..

So, pergilah kami berdua suami dan isteri ...
Smpai je di klinik, takde orang lain melainkan kami berdua...
Bila doc smpai, suami bagi turn isterinya dulu di scaling..
hehe
Takut gaknya sebab encek suami mmg tak pernah pun cuci-cuci gigi nih..
Masa isteri kena scaling, doc amik masa yang agak lame jugak untuk nak bersihkan gigi...
tapi bile turn suami plak, sekejap betul doc buat..
Aik. 
Tekejut betul sebab ingat suami tak penah scaling gigi, akan ambik masa yang Leeebiiihhhhh lama.. 
tapi tidak rupenyer.. 
Ini bermaksud, 
gigi suami lebih bersih la berbanding gigi isterinya. huhu
Tapi memang betul pun. Tgok gigi dia lepas scaling, terus macam bersinar-sinar semacam jek..
Lagipun, encek suami tak merokok, tak gemar pada jajan-jajan or gula-gula n yang sewaktu dengannya...
Isterinya pulak suka la sgt pada makanan-makanan yang bukan-bukan ni. hu

Dah! 
Pasni nak selalu gosok gigi pas makan
Dah taknak ada plak gigi yang tebal-tebal semcam jek macam tak penah gosok gigi.
Malu ah.
Pasni nak disiplinkan Yusuff plak. Suh dia selalu & enjoy menggosok gigi. Tak nak dia mamam makanan yang bukan-bukan.
Nak gigi yang mcm ni...


Seronok scaling gigi ni.. Lepas je scaling, terus gigi rasa mcm fresh betul. Ringan je..Jom ramai-ramai pakat scaling gigi pada sapa-sapa yang blum pernah scaling gigi..
Kos pun tak mahal. Lau kat Muar ni, rm40 je untuk cuci gigi..

Jgn smpai gigi anda jadi mcam ni baru nak cuci gigi.. 

sumber: Google images

Tak sakit pun cuci gigi ni..cuma rasa ngilu sikit..Prosedur ni cume nak buang plak2 gigi yang dah lekat dah keras kematu yang tak leh buang pakai berus gigi. So , kena pakai alat khas dia je yang boleh buang karak gigi tu...

Macam ni la caranya....

Lepas je cuci, akan jelas terlihatlah perbezaan sebelum dan selepas gigi dicuci...

Di bawah ialah contoh gigi sebelum dan selepas. Sila jgan geli ok. he



sumber: Google images

Jadi, moral of the story
Jaga gigi sendiri k.. & buat la apa yang sepatutnya dibuat agar gigi sentiasa nampak cantik dan boleh di pakai dengan lama...

Gigi yang cantik akan menyerlahkan lagi Senyuman yang Super Duper Menawan...
=)

k.. itu saja untuk kali ni..
Kbai..
Salam...


No comments: